Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] “Tak Ternilai Harga Cinta & Setia Dia” - Hadiahkan Jam Hampir RM100,000, Ramai Puji Cik Epal Tak Berkira Dengan Suami

Mya Amri
03/02/2023 08:45 MYT
Setiap wanita pasti mempunyai cara tertentu untuk menghargai suami termasuklah usahawan dan blogger terkenal, Cik Epal.

Sempena ulang tahun kelahiran suami tercinta, Jofliam, Cik Epal memilih untuk menghadiahkan seutas jam tangan.

Namun bukan calang-calang pemberiaannya kerana Cik Epal telah membeli sutas jam tangan berjenama mewah iaitu Hublot berharga RM95,900.

Menerusi perkongsian video di Instagramnya, Cik Epal mengatakan dia tidak kisah berhabis duit semata-mata untuk menghargai suami yang selama ini banyak memberikan sokongan kepadanya.

“Aku rasa ramai je isteri yang tak kisah nak berhabis untuk suami, tapi tak ramai suami yang tahu menghargai.

“Hadiah ni pun bagi aku tak ternilai dengan harga cinta dan setia dia. Aku tak sempurna, aku banyak kekurangan tapi cara suami aku layan dan hargai aku buatkan hidup aku rasa sempurna.

“Jofliam seorang suami yang terbaik untuk aku dan ayah yang hebat untuk Han dan Yuki,” coretnya.

A post shared by Cik Epal ? (@cikepal06)


Malah kata Cik Epal, dia juga percaya bahawa setiap wanita pasti menginginkan yang terbaik dan mahu memberikan kebahagiaan buat pasangan mereka.

“Aku percaya je, mana-mana perempuan sekali pun, kalau pasangan kita layan kita sepatutnya, kita akan balas berganda dengan apa yang kita terima. Kan?

“Simpan sini untuk kenangan. Jika suatu hari nanti aku pergi dulu, aku nak suami aku tahu aku sangat sayang dan hargai semua benda yang dia buat untuk aku.

“Happy belated birthday saiyang. Dunia ni hanya sementara. Hargailah MASA kerana setiap saat yang berlalu tu tak akan berulang kembali. Love you,” tulisnya.

Dalam pada itu, di ruangan komen rata-ratanya terharu dan memuji Cik Epal kerana tidak berkira dengan suami.

Antara komen yang diberikan:

“Betul Cik Epal, saya pun sanggup habiskan duit untuk benda yang suami saya suka, asalkan dia gembira,”

“Setuju Cik Epal, bila lelaki hargai kita nilai duit pun tak ternilai dengan kasih sayang dia untuk kita,”

“Jofliam memang suami yang baik pun. Berani pertahankan isteri dia, anak-anak dia. Gentleman, lelaki yang boleh jaga keluarga, Cik Epal pun baik orangnya. Tak berkira, semoga bahagia hingga Jannah. Amin,”


Terdahulu, Cik Epal sebelum ini pernah viral dengan beg tangan berjenama mewah dan juga stroller bayi bernilai ribuan ringgit.

Cik Epal juga menjadi perhatian pada tahun 2019 kerana membeli kereta berjenama mewah iaitu Mustang secara tunai sempena hari lahir suaminya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Suami #Hadiah #Jam Tangan #Jofliam #Jam tangan mewah #Cik Epal #Hargai Suami #RM95 Ribu
;