Perkongsian status pelakon Puteri Balqis yang meluahkan rasa berang terhadap seorang pelakon berusia 14 tahun yang dimuat naik di laman sosial menarik perhatian netizen.

Tanpa menyebut nama individu itu, Balqis atau mesra disapa sebagai Aqish mendakwa pelakon remaja itu gemar bersikap memerli orang malah turut membabitkan dirinya dengan membandingkan kecantikan sesama mereka.

“Kau ni baru 14 tahun, tak banyak beza pun dengan aku. Tapi perangai (cringe) kau mengalahkan orang tua. Habis semua orang kau nak perli dalam video kau dengan aku yang tak bersalah ini pun kau nak perli, nak bandingkan dengan kecantikan kau,” kata Aqish.

Pada perkongsian yang sama, Aqish turut menegaskan dia tidak mahu bergandingan dengan individu tersebut yang bangga menayangkan badan dan kekasih di laman sosial.

“Video tayang j*bo hari-hari, tapi berlakon satu anugerah pun tak ada. Tolonglah jangan bagi aku satu set dengan dia. Tak sanggup tengok dia ‘flip hair’ 20 kali seminit.

“Bangga dengan teman lelaki yang muka tak semenggah tu. Jangan babitkan aku. Ubat depressison aku nak dekat habis ni,” tegas Aqish.

Rata-rata netizen di ruang komen tertanya-tanya siapa gerangan individu yang dimaksudkan Aqish dan ada juga antara mereka mendakwa status itu ditujukkan kepada pelakon remaja wanita yang cukup dikenali di TikTok.