Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Tayang Tak Berbaju, Zip Seluar - Salin Baju Dalam Kereta, Aksi Nazim Othman Buat Wanita Tak Keruan

Syafiqah Jalal
16/03/2023 02:46 MYT
Aktor Nazim Othman membuat ramai wanita tak keruan apabila memuat naik rakaman video sedang menyalin baju dan seluarnya hanya di tempat duduk pemandu dalam keretanya.

Kata Nazim ada kalanya dia terpaksa bersiap di dalam kereta untuk ke satu-satu acara.

"Kadang- kadang memang terpaksa bersiap dalam kereta," tulisnya di kapsyen Instagram.

Nazim memuat naik video rakaman menunjukkan langkah dan cara dia menukar baju dan seluarnya sehingga menampakkan seluar dalam.

Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya terutama wanita yang tak keruan melihat badannya yang tegap dengan bentuk 'six pack'. Lagi-lagi saat dia menyarungkan seluar.

"Kadang-kadang memang terpaksa tengok je," komen salah seorang pengguna Instagram

"Alamak pecah ovari wanita macam ni," kata salah seorang warga maya.

Tak kurang juga ada yang menyamakan aksi Nazim itu seperti babak aksi pelawak Mr. Bean yang turut menyalin baju di dalam kereta kerana lambat ke tempat kerja.

"Ingatkan Mr Bean je buat macam ni, gosok gigi tak?" persoalan salah seorang netizen.

"La terus I teringat Mr. Bean kalut nak pergi kerja," komen salah seorang warga net.

A post shared by nazimothman (@nazimothman)

#Nazim Othman #wanita #Aksi #Kereta #Baju. #Keruan #Salin