,
Laman Utama

[VIDEO] Teka-Teki Netizen Terjawab, Juliana Evans Sahkan Hamil Anak Kedua

Syafiqah Jalal
28/02/2023
23:50 MYT
Selepas berteka-teki akhirnya, pelakon dan pengacara, Che Puan Julia­na Evans mengumumkan dia bakal menimang cahaya mata kedua.
Berita gembira itu dikongsikan di akaun Instagram peribadi miliknya pada Selasa.
“Kami gembira untuk mengumumkan bahawa bakal menimang cahaya mata kedua dan kami sangat teruja tentangnya. Doakan yang baik-baik,” katanya dalam kapsyen.
Dalam kapsyen itu dia turut membuat tanda pagar dengan memberitahu usia kandungannya sedang berada di trimester kedua iaitu 22 minggu.
Menerusi entri yang sama Juliana turut memuat naik fotonya bersama baby bump. Foto itu berlatar belakangkan pemandangan laut.
Dalam masa yang sama pelakon KAMI The Movie itu turut berkongsi rakaman video saat membuat ultrasound scan bersama doktor di sebuah hospital.
Kemas kini berkenaan mendapat perhatian rakan artis dan pengikutnya yang rata-rata mengucapkan tahniah di atas berita gembira berkenaan.
Terdahulu netizen sudah beberapa kali berteka teki dengan status kehamilannya itu apabila perutnya kelihatan sedikit membesar seperti ‘baby bump’ sewaktu acara sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, Tengku Sha­riffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.
Juliana dan Tengku Shariffuddin Shah men­dirikan rumah tangga pada April 2017.
Pasangan itu dikurniakan se­orang anak perempuan yang diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah berusia dua tahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Nikita Mirzani Lapor Kekasih Anak Ke Polis, Paksa 2 Kali Gugurkan Kandungan

gempak
19/09/2024
04:25 MYT
Selebriti sensasi Nikita Mirzani mengambil langkah tegas apabila melaporkan kekasih anak perempuannya, Vadel Badjideh kepada pihak polis.
Hiburan

Mawi Tak Halang Ceburi Bidang Seni, Anak Lebih Suka Hosting - “Muka Selamba, Gaya Bersahaja & Petah Bercakap”

gempak
19/09/2024
03:50 MYT
Penyanyi dan penyampai radio ZAYAN, Mawi tidak mempunyai halangan sekiranya anak perempuannya, Cahaya Malaika, ingin menceburi bidang seni.
Viral

Bapa Miss Switzerland Jumpa Kepala Anak Dalam Tong Sampah Di Bilik Dobi, Suami Dakwa Pertahankan Diri

gempak
17/09/2024
17:17 MYT
Kisah pembunuhan tragis bekas peserta Miss Switzerland, Kristina Joksimovic masih menjadi perhatian dunia.
Hiburan

Afdlin Shauki Tak Masuk Campur Karier Seni Anak - “Dia Mahu Naikkan Nama Sendiri Tanpa Bantuan Saya”

gempak
17/09/2024
13:55 MYT
Pengarah dan pelakon, Datuk Afdlin Shauki akui tidak banyak masuk campur dalam perihal karier seni anak nya, Mia Sara meskipun baru-baru ini Mia turut serta membintangi filem arahannya, Baik Punya Ah Long.
Hiburan

Elly Mazlein Lebih Selesa Sembunyi Muka Anak - “Saya Letak Emoji Di Instagram Sahaja, Tapi Kalau Di..”

gempak
17/09/2024
07:55 MYT
Tidak mendedahkan wajah anak kepada umum, pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein, memang selesa dengan tindakan itu.