Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Telan 6 Jenis Pil Kecantikan Sekaligus, Netizen Nasihatkan Influencer Terkenal; “Tak Sayang Buah Pinggang Ke?”

Shahrin Zulkifle
07/12/2022 22:00 MYT

Tindakan seorang pempengaruh media sosial, yang berkongsi rutin hariannya mengambil pil kecantikan (supplements) mengundang pelbagai reaksi wargamaya.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok miliknya, wanita tersebut menunjukkan beberapa pil kecantikan yang diambilnya bagi menjaga penampilan diri. Antaranya, pil untuk penghidratan kulit, vitamin C, sunblock dan beberapa lagi.

Bagaimanapun, apa yang mengundang persoalan dalam kalangan wargamaya adalah tindakan wanita itu mengambil pil tersebut dalam jumlah yang banyak sekaligus.

Wanita tersebut turut menjelaskan dia mengambil kesemua hampir enam jenis pil kecantikan pada setiap hari bermula antara pukul sembilan pagi hingga lima petang.

Malah, pada akhir perkongsian video berkenaan, wanita itu dilihat menelan kesemua enam biji pil itu secara serentak.

undefined

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen merasa terkejut dengan tindakan wanita berkenaan.

Tidak kurang juga yang khuatir dengan keadaan buah pinggang wanita itu disebabkan pengambilan pil yang terlalu banyak setiap hari.

“Tak bahaya ke untuk buah pinggang?,” komen seorang netizen.

“Kalau nak hidrated bukan ke jusy minum plain water? Kenapa kena telan pil pelik-pelik,” ujar seorang wargamaya.

“Wey tak sayang buah pinggang ke? Bukan ke pensyarah kata jangan ambil supplements bukan-bukan,” kata seorang warganet.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Viral #Nurin Afiqah #Tiktokers #Pil Cantik
;