Pembantu peribadi Datuk Seri Vida (DSV) yang dikenali sebagai Diyla dikecam hebat netizen selepas dilihat kini tampil tidak lagi bertudung.

Menerusi entri terbaharu di akaun TikTok miliknya, Diyla dihujani komen yang terkejut serta mempersoalkan penampilannya yang berbeza dari sebelum ini.

Dalam video yang dimuat naik Diyla dilihat sedang menari dengan memakai gaun labuh berwarna hijau dengan rambut lepas mengurai.

“Sedih dan terkejut bila tengok Diyla dah tak bertudung,” komen salah seorang pengikutnya.

“Kenapa Diyla buka tudung?” persoal salah seorang warga maya.

Video berkenaan mendapat tanda suka hampir 3,000 serta lebih 100 komen yang rata-rata mengecam penampilannya.

Dalam kapsyen video itu, Diyla meminta supaya warga media sosial mencipta kandungan atau content menggunakan lagu terbaharunya berjudul Khilaf.

Dalam masa yang sama Diyla juga dituduh ‘gila glamour’ sehingga sanggup buka tudung untuk menjadi penyanyi.

“Oh dah jadi penyanyi ke patut dah tak bertudung,” dakwa salah seorang warga net.

“Nak glamour atas dunia punya fasal,” tuduh salah seorang netizen.

Diyla bagaimana pun tidak membalas komen yang diberikan malah mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.

Difahamkan video itu dimuat naik ketika penggambaran single terbaharunya yang berduet dengan influencer Faiz Aizif yang sebelum ini tular dengan panggilan ‘CEO Anjing’.

@_diylajazz ?? #diylajazz #fypdongggggggg #tiktokmalaysia #esekeli #tiktok #fypage #fyp #viral #xyzbca ♬ original sound - Diylajazz