Setelah sekian lama tidak ‘beraksi’ di dapur disebabkan jadual kerja yang padat, pelakon Fasha Sandha gembira dapat kembali menyediakan hidangan buat keluarga.

Menerusi muat naik terbaharu di Instagram, Fasha, 38, berkongsi video dia sedang menyediakan menu mee segera buat suami dan adiknya untuk dinikmati sambil menonton perlawanan separuh akhir Piala AFF baru-baru ini.

Bagaimanapun, satu kejadian lucu terjadi apabila Fasha yang kekurangan salah satu bahan iaitu telur terpaksa meminjam daripada jirannya yang bernama Farah.

“Setelah lama tak masuk dapur kerana busy dengan penggambaran dan cuti tahun baru, tekak tiba-tiba teringin sesudu maggi segera, maka terjadilah masak-masak campak-campak , boleh lah jamu suami dan adik makan sambil depa tengok Piala AFF.

“Baru sedar telur pun habis nasib baik ada jiran tetangga yang awesome boleh pinjam meminjam, thanks kak Farah pinjamkan telur tiga biji esok jugak saya pulangkan 10 biji tau..

“Untungnya dapat jiran tetangga yang baik kan, selalu ada bila kita perlukan. Team jiran kami adalah terbaik,” kongsinya.

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Difahamkan Farah merupakan ibu kepada salah seorang anggota kumpulan Dolla iaitu Syasya Rizal.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya terhibur dengan perkongsian tersebut selain memuji sikap hidup berjiran yang dipamerkan Fasha dan Farah.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.