Laman Utama
[VIDEO] Teruja Pertama Kali Pakai Inai, Netizen Ingat Fify Azmi Dah Bertunang Dengan Nafiez Tapi Rupa-Rupanya…
Perkongsian video pelakon Fify Azmi teruja apabila pertama kali memakai inai yang dimuat naik di laman sosial mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya mengucapkan tahniah kepada aktres itu.
Disangkakan bertunang dengan aktor Nafiez Zaidi, Fify bagaimanapun menjelaskan perkongsian itu sekadar meluahkan rasa teruja memakai inai tanpa berniat ingin melakukan sebarang gimik.
Pelakon filem Wira ini turut menjelaskan dia memakai inai putih sempena majlis pernikahan adik kedua kepada kekasihnya yang diadakan di Perlis pada Isnin.
“Kapsyen yang saya tulis itu bukan bermaksud saya bertunang dengan Nafiez tapi memang betul saya tak pernah pakai inai dan itu kali pertama saya pakai… jadi saya share la di laman sosial.
“Tak pernah ada niat nak prank atau main-mainkan peminat dengan kapsyen sebegitu. Kapsyen yang saya tulis ‘few hours to go’ tu pun sebab excited untuk adik Nafiez yang nikah.
“Ramai peminat, makcik saudara, kawan-kawan dan rakan selebriti DM ucap tahniah sebab ingat saya bertunang. Tapi takkan la saya nak sorok kalau betul bertunang atau kahwin,” katanya kepada Gempak.
Bersyukur apabila ramai peminat mendoakan hubungan mereka, Fify memberitahu dia dan Nafiez masih belum mempunyai perancangan untuk bertunang atau berkahwin dalam masa terdekat kerana sibuk dengan kerjaya seni.
“Bagus la, Alhamdulillah ramai yang mendoakan baik-baik untuk kami berdua. Saya dan Nafiez ni biasa saja tapi ramai orang komen positif dan suka dengan hubungan kami.
“Bila orang suka, kami lagi gembira. Cuma sekarang belum ada lagi perbincangan untuk bertunang atau kahwin. Masing-masing tengah sibuk dengan shooting.
“Insya-Allah kalau ada jodoh, tak ke mana. Saya dan Nafiez pun dah kenal dengan keluarga masing-masing. Buat apa saya nak berahsia kalau nak kahwin, benda baik kan,” ujarnya.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@fifyazmiofficial
So that means… ?♬ original sound - fifyazmi
Must-Watch Video