Laman Utama

[VIDEO]: “Tiap Kali Nak Outstation, Dia Paling Sedih…” - Aeril Zafrel Tak Sampai Hati Lihat Anak Menangis

gempak
Mya Amri
26/07/2022
06:19 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]: “Tiap Kali Nak Outstation, Dia Paling Sedih…” - Aeril Zafrel Tak Sampai Hati Lihat Anak Menangis
Pelakon Aeril Zafrel tidak sampai hati meninggalkan anak-anak dalam jangka masa yang lama sekiranya diminta untuk bekerja di luar kawasan.
Menerusi perkongsiannya di akaun Instagram, Aeril memaklumkan anak perempuannya Hayla Maghfiratul Adzkiyaa akan menangis setiap kali tiba saat untuk berpisah.
“Macam nilah Hayla tiap kali kami nak outstation,” tulisnya.
Dalam hantaran terbaharu itu juga, Aeril berkongsi video pendek yang merakamkan ragam Hayla beserta coretan tentang anaknya.
“Setiap kali nak outstation dia lah paling sedih, mesti menangis.
“Kadang-kadang terfikir, kalau lah kami tak ada, siapa lah boleh sayangkan anak-anak macam mama ayah sayang dorang,” coretnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rata-ratanya bersetuju dengan coretan Aeril.
Aeril dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga pada 2013 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, Ayya Soffya, 2 dan Jibrail Ibtisam yang kini berusia 8 bulan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live