Seramai 200 pencipta konten menerusi platform media sosial ternama, TikTok telah diraikan dalam sebuah acara apresiasi #HouseOfCreator2022 yang berlangsung di Rumah Tangsi, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain acara yang mengiktiraf golongan tersebut, pada majlis berkenaan, TikTok turut meraikan ulang tahun kedua #TikTokGuru yang menjadi trending dan menerima lebih 18.8 billion tontonan pengguna media sosial berkenaan yang mengandungi pekongsian ilmu daripada golongan pendidik seperti @cikgudebbie, @iqbalahyar, @sir_asai, dan @sirsyami_92.

Content Creator Tulang Belakang TikTok

Sementara itu, Pengurus Operasi Strategi, TikTok Malaysia, Darren Quek menyifatkan pencipta konten merupakan tulang belakang kepada platform TikTok dengan berasakan video mudah alih berformat pendek yang dikongsikan mereka.

“Golongan pencipta merupakan tulang belakang bagi platform ini. Kepelbagaian dalam pengalaman, komuniti, dan konten yang terlahir mampu membina titian hubungan dan persefahaman melalui video. “Atas sebab itu, kami percaya bahawa warga pencipta kami bukan sekadar berkongsi detik kehidupan mereka, tapi juga menjadi jambatan yang menghubungkan pengguna dari pelbagai latar belakang menerusi minat yang sama, lalu melahirkan pelbagai komuniti di platform ini.

“Ia boleh dilihat melalui ekosistem konten tempatan yang kian berkembang seperti #SembangEntertainment, #MakanLokal, #BeautyHacks, #KakiGaming, #TikTokSports, dan #TikTokGuru," ujarnya.

TikTok Cungkil Kreativiti Content Creator

Tambah Darren, kewujudan TikTok dilihat mampu mencungkil bakat dan kreativiti individu selain memupuk pembikinan karya yang menghiburkan.

Malah, dia turut berharap para pencipta konten terus menghasilkan konten yang menyeronokkan buat sajian warga pengguna TikTok.

“Sebagai wadah yang mencungkil kreativiti individu dan memupuk pembikinan karya-karya yang asli lagi menghiburkan, matlamat utama kami adalah untuk mewujudkan pengalaman kepenggunaan yang terbaik buat semua, termasuk warga pencipta kami.

“Kami berharap menerusi acara #HouseOfCreators2022 ini, golongan pencipta dapat merapatkan hubungan dan berkongsi ilham sesama mereka sementara mereka terus menyajikan konten-konten yang bermakna buat warga komuniti TikTok,” tambahnya.

Kehadiran Artis & Content Creator Popular

Selain itu, acara tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan daripada artis-artis tempatan seperti DOLLA, Amsyar Lee, Bunga, Gaston Pong dan ramai lagi. Malah turut dilihat hadir pencipta konten terkenal seperti @Auntiepurple, @NelysaNorazlan, @Miaazhar dan ramai lagi.
Muat turun atau buka aplikasi TikTok anda hari ini untuk menyaksikan sedutan acara #HouseOfCreators2022 dan terus menikmati karya para pencipta tempatan pilihan anda seperti @khairulaming, @charmwasabi, @hanifloid, @sultan_riq, @drbengee dan banyak lagi! TikTok disediakan secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store dan Huawei AppGallery.

@auntiepurple248 Replying to @Diya Azhar626 Cantik kan dress auntie. Purple Lilac tau tu!Tenkiu so much @Woby Bridal #houseofcreators ♬ original sound - Radar Bekasi
@nelysa_norazlan Disebalik tabir ? @perfumeparadise.ori ♬ Happy & Pop songs - PeriTune