Isteri kepada pelawak Shuk Sahar Rossalennah Natassiah Asshaferah atau lebih mesra dipanggil Sera nafi dakwaan kononnya video yang tersebar menunjukkan dia sengaja memerli netizen.

Menurut Sera video yang tersebar itu dirakam pada Disember tahun lalu dan ia tiada kaitan dengan netizen yang mendakwa dia sendiri yang sering mengundang kontroversi rumah tangga.

“Ya video lama, macam mana saya boleh kecam netizen sedangkan video tu bulan Disember. Video tu untuk si polan tula. Jangan lah sampai tersebar fitnah,” jelasnya.

Sera menjelaskan perkara tersebut di Instagram (IG) Story miliknya semalam.



Menerusi aplikasi TikTok miliknya beberapa hari lalu dia memuat naik sebuah video yang memaparkan dirinya memakai kaca mata hitam sambil bersandar di kerusi.

Dalam video itu, Sera melakukan ‘miming’ dengan dialog yang seakan-akan ‘memerli’ seseorang termasuk membuat gaya seolah-olah ‘berlagak’ diiringi gelak ketawa.

“Kenapa kena hasut orang lain suruh benci aku sekali? Tak boleh jatuhkan aku sorang-sorang eh?,”katanya mengikut dialog tersebut.

Perkongsian tersebut menimbulkan pelbagai reaksi daripada warganet, rata-rata kurang senang dengan tindakan wanita itu dan menegaskan bahawa Sera yang mencetuskan permasalahan rumah tangganya di laman sosial

Pun begitu, Sera memberitahu dia sudah memaafkan semua netizen yang telah salah faham dan menyebarkan video tersebut.

“Kepada sesiapa sahaja yang sebar berita video Sera perli netizen itu sedang itu video lama dan ada tarikh pada video tersebut. Sera maafkan.

“Komen-komen yang dah salah faham tu pun Sera dah maafkan dan terima nasihat.

“Sera minta maaf juga,” katanya lagi.
@cococurv_rossasera

##fyp ##fypdongggggggg ##SmileStrong2021

♬ Ballerina - Raffaella
@cococurv_rossasera

##fyp ##shouldbeme

♬ original sound - patrick ★ IG : tummy.boys ? - ???tummy.boys ??x??
Terdahulu, masalah rumah tangga pasangan itu diketahui umum selepas Sera mendedahkannya sendiri di IG mengenai perilaku suaminya yang curang.

Bagaimana pun, kini ia sudah pun selesai selepas Shuk ‘meminang’ isterinya sendiri dirumah dalam masa yang sama membuat akaman live di IG.