Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

[VIDEO] "Tudung Terbang Dibawa Angin Lalu..."- Ramai Terkejut Dengan Imej Baru Isteri Raja Afiq

Syafiqah Jalal
31/01/2023 03:44 MYT
Nama pelakon drama Raja Afiq tiba-tiba kembali menjadi bualan netizen selepas memuat naik satu video bersama isterinya, Soffwany Yusoff di laman sosial TikTok.

Ia gara-gara dalam video yang dimuat naik menunjukkan isteri Raja Afiq tidak lagi bertudung malah hanya memakai topi dan mendedahkan rambutnya.

Menerusi video pendek yang dimuat naik itu, dia bersama isterinya dilihat seperti berada di kawasan parkir kereta mahu bergerak ke sesuatu destinasi.

Rata-rata netizen terkejut dengan penampilannya itu yang sebelum ini didakaw memang bertudung litup. Malah ia menceruskan tanda tanya serta pelbagai reaksi warga maya tentang imej terbaharunya.

"Tudung terbang dibawa angin lalu," koman salah seorang pengikut laman sosial.

"Bukan isteri dia pakai tudung ke?" tanya salah seorang netizen

"Memang free hair ke?" persoal salah seorang warga maya.

Tidak kurang juga yang berpendapat isterinya lebih cantik dan bertudung lalu mendoakan agar Soffwany dapat menjaga auratnya dengan sempurna selepas ini.

"Dulu rasanya bertudung hmmm sayang. Semoga terus istiqamah Afiq dan isteri," kata salah seorang netizen.

"Wife dia memang cantik kalau bertudung lagi cantik," puji salah seorang warga net

"comel je dulu bertudung," komen salah seorang pengikut laman sosial.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada Ogos 2020. undefined
#Bertudung #Isteri #Raja Afiq #Tak #Terkejut
;