"Tuhan tak jadikan pokok kanabis sia-sia, pokok kanabis untuk rawatan," demikian kata Yasin Sulaiman menerusi sepotong video yang tular semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu turut merayu agar pokok kanabis dikeluarkan daripada senarai narkotik.

"Kanabis bukan narkotik, satu dunia dah tahu. 40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis perubatan. Maka, keluarkanlah kanabis daripada senarai narkotik. Terima kasih semua," kata Yasin lagi.

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Yasin.

"Dia nak ubat sakit dia. Kesian Yasin. Ya Allah bantulah dia," tulis seorang pengguna.

"Arak dan rokok bagi pula? Tumbuhan semulajadi tak boleh?" soal pengguna lain.

"Dia pernah hiburkan kita dengan lagu-lagu dakwah. Semoga pahala buat Yasin sentiasa mengalir dan menjadi asbab urusannya dipermudahkan Allah," doa peminatnya.

A post shared by Official Hlive (@officialhlive)


Kes pendakwaan terhadap penyanyi terkenal, Yasin Sulaiman dikekalkan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Asnawi Abu Hanipah berkata, pertuduhan terhadap Yasin di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia diterimanya petang semalam.

Bagi peguam Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan dan berterima kasih kepada pihak pendakwaan kerana menyediakan laporan kimia dalam masa singkat.

Sumber video: HLive