Skip to main content

Viral

[VIDEO] "Tuhan Tak Jadikan Pokok Kanabis Sia-Sia" - Yasin Rayu Keluarkan Kanabis Dari Senarai Narkotik

temubual-eksklusif-2022-06-23t115206-369.png

"Tuhan tak jadikan pokok kanabis sia-sia, pokok kanabis untuk rawatan," demikian kata Yasin Sulaiman menerusi sepotong video yang tular semalam.

Penyanyi yang popular dengan lagu Mimpi Laila itu turut merayu agar pokok kanabis dikeluarkan daripada senarai narkotik.

"Kanabis bukan narkotik, satu dunia dah tahu. 40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis perubatan. Maka, keluarkanlah kanabis daripada senarai narkotik. Terima kasih semua," kata Yasin lagi.

Video yang tular itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai di media sosial. Rata-ratanya bersimpati dengan nasib yang menimpa Yasin.

"Dia nak ubat sakit dia. Kesian Yasin. Ya Allah bantulah dia," tulis seorang pengguna.

"Arak dan rokok bagi pula? Tumbuhan semulajadi tak boleh?" soal pengguna lain.

"Dia pernah hiburkan kita dengan lagu-lagu dakwah. Semoga pahala buat Yasin sentiasa mengalir dan menjadi asbab urusannya dipermudahkan Allah," doa peminatnya.
 

Must-Watch Video

Advertisement