Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Video Tular Bantu Suap Pemuda Makan Di Hospital, Anjala Devi – “Mana Boleh Orang Susah Kita Tengok Sahaja”

Gempak
16/08/2024 15:20 MYT
"Saya anggap dia macam anak sendiri dan tolong kerana tak boleh tengok orang susah." Itu reaksi C Anjala Devi, 63, ketika diminta menceritakan kisah di sebalik videonya yang tular di TikTok.


Bantu suap makanan


Menerusi video itu, Anjala Devi kelihatan menyuap makanan ke mulut seorang pemuda Melayu di dalam wad Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Tindakannya itu mendapat pujian warganet kerana mengetepikan perbezaan kaum dan agama demi membantu mereka yang memerlukan.

Berkongsi kisahnya, Anjala Devi yang menetap di Larkin, di sini berkata, tujuannya ke HSA semalam adalah untuk melawat anak saudaranya, K Jaya Shankar, 39, yang mendapat rawatan di situ akibat sakit jantung.

"Jadi, saya pun bantu suapkan dia makan kerana kasihan biarkan dia terus terbaring tanpa jamah makanan.

"Lagipun, dia diserang angin ahmar dan tak dapat nak suap makanan sendiri jadi apa salahnya saya bantu.

"Saya nampak adik (panggilan untuk pemuda berkenaan) itu makan sambil menangis dan saya kata kata jangan menangis, saya beritahu supaya makan sampai habis supaya perut tak kosong," katanya seperti yang dilapor Harian Metro.

Gembira dapat membantu


Menurut Anjala Devi apa dilakukan itu sekadar untuk meringankan beban pemuda berkenaan mengikut apa yang termampu.

"Saya gembira dapat bantu adik itu kerana walau macam mana pun, kita tetap satu Malaysia.

"Mana boleh orang susah kita tengok saja? Hari ini pun saya ada masakkan sup dengan sayur dan beri adik itu makan.

"Saya harap adik itu cepat sihat dan sembuh daripada penyakit," katanya.


Tak sangka jadi tular


Sementara itu, anak saudaranya, K Jamunahwathy, 28, berkata, dia rakam video itu secara spontan kerana tersentuh melihat apa dilakukan ibu saudaranya terhadap pemuda berkenaan.

Jamunahwathy tidak menyangka perkongsiannya itu akan tular namun gembira kerana dapat membawa mesej kasih sayang dan perpaduan tanpa mengira kaum serta agama dalam video dimuat naik.

"Difahamkan, pemuda itu tak boleh makan sendiri kerana angin ahmar dan mak cik saya pula tak sampai hati tengok keadaannya jadi bersungguh nak suap makanan.

"Mak cik kasihan dengan pemuda kerana tak makan dan risau jika dia lapar… waktu itu pun pemuda berkenaan sendiri tanpa ada keluarga dan rakan dengannya.

"Saya pun sedih lihat keadaannya dan pada masa sama nampak 'sweet' tengok mak cik suap pemuda itu.

"Tak lama selepas rakam video, saya kongsi di TikTok dan tak sangka pula boleh tular hingga buat ramai tersentuh serta katakan mengenai semangat satu Malaysia.

"Saya setuju kerana di Malaysia, kita memang patut berbuat baik dengan semua orang tak kira bangsa atau agama pun supaya negara kekal aman," katanya yang bekerja sebagai jurutera audio visual di Singapura.

Sumber: Harian Metro

InilahHeroKITA 2024


InilahHeroKITA merupakan kempen dalam talian yang menggalakkan rakyat Malaysia untuk mencalonkan individu yang memberikan inspirasi melalui media sosial.

Kempen ini berlangsung sepanjang tempoh 5 Ogos 2024 hingga 13 September 2024.

Ia bertujuan untuk mengiktiraf semangat "KITA" yang merangkumi kebaikan, dedikasi, dan impak positif dalam komuniti.

Untuk mengundi, layari astro.com.my/InilahKITA

#hospital #Tular #Anjala Devi #InilahHeroKITA 2024 #Suap Pemuda #TikTik