Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, pelakon Datin Elvina Mohamad bakal menimang cahaya mata kedua.

Elvina, 28, berkongsi berita itu menerusi video terbaharu yang di muat naik di akaun TikTok miliknya.

“Two more months to go,” tulisnya ringkas.

Lebih manis lagi, video itu merakamkan Elvina sedang tersenyum gembira sambil mengusap perutnya sebelum suami dan anak sulungnya juga melakukan perkara yang sama.

@elvinamohamad

2 more months to go ???

♬ Beautiful - Crush(크러쉬)

Dalam pada itu, menerusi hantaran di akaun Instagramnya pula, Elvina menyatakan kehamilan kali ini agak berlainan berbanding anak pertama.

“Saya sudah tujuh bulan, kehamilan kali ini rasa macam tak hamil. Lain sangat berbanding dengan sebelum ini, sewaktu mengandungkan Karl.

“Kali ini morning sickness kejap je dan tak teruk. Tak ada mabuk-mabuk pening semua, tiada alahan. Kehamilan kali ini agak mudah setakat ini.

“Alhamdulillah, jadi dapatlah mak buyung ni feeling-feeling dekat Tokyo sebelum bersalin,” kongsinya.

A post shared by ELVINA MOHAMAD ? (@elvinamohamad)

Dalam pada itu, ruangan komen kedua-dua media sosialnya dihujani dengan ucapan tahniah dan doa agar proses bersalinnya dipermudahkan kelak.

Bukan itu sahaja, rata-rata pengikutnya juga memuji Elvina kelihatan semakin cantik dan terselah seri ibu mengandung.

“Tahniah Elvina, apa ni makin cantik sejak hamil, suka lah tengok,” komen seorang pengikut.

“Cantik sangat mak buyung pun, glowing! Semoga dipermudakan segala urusan,” doa seorang lagi pengikut.

“Mak buyung cantik, hot mama. Semoga segalanya dipermudahkan,” coret seorang lagi pengikut.

Terdahulu, Elvina sebelum ini mengumumkan berita kehamilannya dalam Instagram ketika bercuti di Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki mereka, Karl Mateen.

Elvina mendirikan rumah tangga bersama Haniff pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulungnya yang kini berusia empat tahun.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.