Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Tya Arifin Dedah Pernah Kena Marah Gara-Gara Tak Fasih Cakap BM - “Jagalah Air Muka Saya Sikit”

Asyikin Mayudin
28/03/2023 11:45 MYT
Pelakon Indonesia Tya Arifin mengakui bukan mudah untuk dia menguasai bahasa Melayu biarpun sudah lama menetap di Malaysia.

Tya menerusi perkongsian video di TikTok turut berkongsi momen dia dimarahi ketika penggambaran disebabkan tidak fasih dalam bahasa Melayu.

“Kena marah waktu shooting kerana tidak fasih bahasa Melayu… ya normal la. Ternyata susah banget (sangat). Tapi Tya ok saja kena marah.

“Cuma kalau boleh jangan marah depan orang ramai… jaga air muka sikit,” kata Tya.

Bagaimanapun Tya yang juga menantu kepada penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza itu tetap tenang dan cuba memperbaiki lagi cara percakapannya dalam bahasa Melayu.

Rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib Tya dan memberi kata-kata semangat kepada aktres itu untuk terus belajar sehingga menjadi fasih.

“Pelik la pengarah pun, nak yang fasih ambil la yang memang Melayu. Dah ambil Tya, kenalah terima dia tak fasih sangat sebab dia bukan orang asal sini. Sian Tya.

“Tak apa Tya, dulu Maya Karin pun agak teruk juga masa mula-mula. Lupa filem apa. Sekarang Maya another level. Practice makes perfect.

“Pelan-pelan Tya. Guna bahasa Melayu baku pun boleh. Jangan try hard nak cakap Melayu KL macam ‘ade, kenape, berape’ biasa-biasa saja asalkan Tya selesa,” komen netizen.

undefined
#Tya Arifin #Tya #Tya bahasa Melayu #Tya dimarahi
;