MAJLIS SIDANG MEDIA GEMPAK MOST WANTED AWARDS 2024
Laman Utama

Video & Ucapan Birthday Bersemut Habis, Fasha Sandha Antara Yang Tak Sabar Tunggu Janna Nick, Dini Azan Kahwin

Asraf Aided 18/10/2020 | 06:50 MYT
Pelakon dan pengacara, Janna Nick mendedikasikan ucapan buat ulang tahun kelahiran teman lelakinya, pelakon Dini Azan Schatzmann yang ke-26 semalam.
Menerusi Instagram, Janna berkongsi video yang memaparkan momen-momen manis bersama teman lelakinya itu beserta ucapan.
"Happiest birthday @dinischatzmann. Saya mahu berdiri dengan awak di atas gunung, luangkan masa bersama di pantai, baring sebegini selamanya, hingga awan meruntuh.
"Saya sangat cintakan awak sedalam hati saya," tulisnya sebagai kapsyen.
Menjengah ruangan komen entri berkenaan, rata-rata pengikut Janna tumpang gembira melihat kebahagiaannya bersama Dini, malah, terdapat beberapa rakan artis yang menyuruh pasangan ini berkahwin dengan cepat.
"Saya gembira untuk awak adik, saya dapat lihat mata awak bercahaya, wish you all the best till Jannah, sama cantik sama padan bagai pinang dibelah dua, kawin cepat anak korang mesti cantik," tulis Zarina Zainuddin.
"Cepat kahwin," tulis Fasha Sandha.
"Ya Allah sweet betul la pasangan ni," tulis pengikut lain.

I want to stand with you on a mountain. I want to bathe with you in the sea. I want to lay like this forever. Until the sky falls down on me Truly, madly, deeply in love with you ❤️

A post shared by Janna Nick (@jannanick) on

#Janna Nick #Dini Azan Schatzmann
;