Video Ujian Sperma Kim Jong Kook Tular Semula Lepas Umum Kahwin
Nama penyanyi, Kim Jong Kook menjadi bualan hangat netizen selepas episod rancangan YouTube miliknya bersama rakan-rakan tular semula di media sosial.
Semasa menuju ke hospital, Jong Kook sempat bergurau dengan rakannya, Shorry J dari kumpulan Mighty Mouth yang bertanyakan tentang perancangannya untuk zuriat.
Dalam episod tersebut, bintang Running Man itu membuat kiraan sperma bagi memastikan dirinya masih berpeluang untuk menimang cahaya mata selepas berkahwin kelak.
“Saya rasa saya tak patut tunggu lama. Kalau boleh, saya nak isteri saya hamil secara semula jadi sebab IVF (rawatan persenyawaan in-vitro) agak menyakitkan buat wanita. Harap-harap saya dapat anak sihat dengan kuasa sperma saya,” katanya.
Hasil ujian menunjukkan sampel air mani Kim Jong Kook sebanyak 3.6 mililiter mengandungi sekurang-kurangnya 60 juta sperma per mililiter menjadikan jumlah keseluruhan kira-kira 216 juta sperma.
Doktor turut mengesahkan angka tersebut jauh lebih tinggi daripada lelaki sebaya usianya.
Walaupun sperma Jong Kook mencatatkan kedudukan terakhir dari segi pergerakan (motiliti), doktor tetap memberi jaminan yang jumlah sperma yang banyak itu mampu membolehkannya menimang cahaya mata secara semula jadi.
Ketika video itu disiarkan, ramai peminat sudah mula membuat spekulasi bahawa Jong Kook sedang membuat persiapan besar dalam hidupnya.
Antara komen netizen:
“Dia beli rumah, buat ujian sperma… confirm ada sesuatu!”
“Just terus terang je tengah dating, kami restu je!”
“Cara dia jaga kesihatan sperma ni, memang marriage is around the corner,” komen netizen.
Spekulasi itu akhirnya menjadi kenyataan apabila kurang dua minggu selepas itu, Kim Jong Kook memuat naik surat tulisan tangan, mengumumkan dia bakal berkahwin tidak lama lagi.
“Saya dah bagi hint sebenarnya. Ujian sperma tu memang sebahagian daripada persiapan saya untuk jadi suami terbaik,” tulisnya.