Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

Video Ular Tedung Cuba Masuk Sebuah Rumah Viral, Ditonton Lebih 2 Juta Kali

Muhammad Izzat
20/06/2017 07:41 MYT
Sepotong video menyaksikan seekor ular tedung yang cuba untuk memasuki sebuah rumah di Batu Pahat, Johor tular di media sosial.

Menurut seorang pengguna media sosial yang dikenali sebagai Derrick Yi Fan, dia amat terkejut apabila terjumpa ular tersebut di hadapan rumahnya pada Ahad lalu.

Menerusi video yang telah ditonton lebih daripada dua juta pengguna Facebook itu, ular tedung tersebut kelihatan amat agresif dan mencuba sedaya upaya untuk masuk ke dalam rumah.

Ketika kejadian, Derrick memaklumkan tiada sesiapa di dalam rumahnya dan sejurus melihat kehadiran ular tersebut, dia menghubungi pihak bomba untuk menangkap haiwan berbisa itu.

Ular tedung sepanjang lapan kaki itu kemudian berjaya ditangkap walaupun pihak bomba mengalami kesukaran untuk mencarinya di dalam rumah tersebut.

Berikut kami kongsikan video ular tedung yang menyeramkan ramai pengguna media sosial :




Kredit : FB Media Viral Johor
Olahan : Izzat Ridzwan

#Viral #Viral #Ular