Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Umpama Kekasih! Tya Arifin Sebak Lepaskan Kereta Kesayangan - "Setiap Hari Bersama"

Shahrin Zulkifle
20/07/2022 00:00 MYT
Pelakon dan selebriti, Tya Arifin jelas tidak dapat menahan sebak apabila terpaksa melepaskan kereta utama miliknya dan suami, Ashraf Khalid, semalam.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di laman Instagram miliknya, dia berkata terlalu banyak kenangan indah bersama keluarganya sepanjang lima tahun bersama kenderaan itu.

“Hari ini kita terakhir kali naik kereta ini. Kereta ini sudah lima tahun bersama. Banyak kenangan disini. Kita penat, Bahagia, sedih, tawa ‘dia’(kereta) tahu. Hantar ke sana ke sini. Hari ini kita kena relakannya.

“Sedihnya. Selepas kereta sudah dihantar, baru rasa kehilangan,” tulis Tya.

Menerusi hantaran yang sama, melihatkan suamianya, Ashraf Khalid seperti tidak mampu menahan sebak sehingga mengalirkan air mata saat momen sedih itu terjadi.

Dalam pada itu, menerusi satu hantaran lain pada laman yang sama, Tya meluahkan rasa rindu yang teramat pada keretanya yang sudah dianggap sebagai ‘kekasih’.

“Perasaan melepaskan kereta yang sudah bersama hampir lima tahun seperti melepaskan kekasih lama. Ya, kereta ini sudah dianggap kekasih.

“Setiap hari bersama-sama, pergi dia ambil, pulang dia hantar. Jika keletihan, boleh tidur.

“Perasaan sedih kecewa, nangis, ketawa, dirakam dalam memori kereta ini.

“Hari ini terakhir bersama kamu, melepas kamu kerana sudah tiba saatnya kamu mulai hidup yang baru dengan orang lain. Sama seperti bercinta, harus melepas sesuatu untuk yang lebih baik.

“Terima kasih kereta atas sejarah manis, kebaikkan dan kenangan kita selama ini,” tulisnya pada kapsyen.

Sekadar info, Tya Arifin dan Asyraf Khalid telah mendirikan rumah tangga pada 1 November 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Ariff Jiwa, 6 dan Azzahra Jiwa, 3 tahun.

A post shared by Tya Arifin (@tyaarifinnw)

#Viral #Siti Nurhaliza #Asyraf Khalid #Tya Arifin #Azzahra Jiwa #Ariff Jiwa
;