Selepas mengumumkan berita gembira tentang kehamilan isterinya pada April lalu, penyanyi Ariff Bahran kini berkongsi satu lagi berita yang mengujakan buat dia dan pasangan.

Menerusi satu hantaran yang dibuat oleh isterinya, Amirah Syazwani yang turut dikongsi ke akaun Instagram Ariff, mereka telah mengadakan satu acara gender reveal atau memperkenalkan jantina bayi.

Video itu menunjukkan Ariff dan isteri meloncat keterujaan selepas belon yang dipecahkan oleh penyanyi itu mengeluarkan belon kecil berwarna biru yang menandakan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki.

Menurut isteri kepada pelantun lagu Kata Akhirmu itu acara ringkas makan-makan bersama keluarga itu diadakan di rumah.

“Our makan makan mengejut, supposedly held at the garden but hujan terlalu lebat. Here’s sneak peak of our family’ s reaction,” tulisnya.

Pada Arpil lalu Ariff baru sahaja berkongsi berita gembira tentang kehamilan isterinya. Mereka dijangka bakal menyambut orang baru itu Julai depan.

Terdahulu, Ariff Bahran dan Amirah bernikah pada 3 September tahun lalu di Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Shah Alam.

A post shared by Myra Ridzuan (@myraridzuan)