Tular video memperlihatkan seekor anak kucing baharu saja dilahirkan memiliki dua muka yang dikongsikan pengguna TikTok bernama @nixlmxn.

Menerusi video itu, anak kucing yang berwarna putih tersebut mempunyai dua mulut, telinga, hidung serta empat mata.

“Kebesaran Allah. Kucing dilahirkan dalam keadaan dua mata,” tulis individu yang kongsi video tersebut.

Rata-rata netizen turut meluahkan rasa teruja apabila berpeluang melihat ciptaan Allah yang unik itu buat kali pertama.

Bagaimanapun terdapat segelintir netizen memberitahu haiwan comel tersebut berkemungkinan tidak dapat hidup lama seperti anak kucing yang lain.

“Jaga dia elok-elok, banyakkan buat content tentang kucing ini, sampai dia besar. Saya sokong.

“Kucing istimewa macam ini susah nak survive. Kena bagi perhatian sepenuhnya untuk jaga. Takut mak dia makan sebab tahu anak dia sakit. Semoga semua baik-baik.

“Setahu saya la kucing macam ini, tak kan bertahan lama. Tapi kalau lama, Alhamdulillah itu rezeki abang,” kata netizen di ruang perkongsian itu.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam dilahirkan, anak kucing tersebut mati biarpun diberikan penjagaan sepenuhnya.

@nixlmxn Kebesaran Allah❤️?? , kucing di lahirkan dalam keadaan 2 muka. #fyp #foryoupage #kebesaranmuyaallah #kucibg2muka ♬ Ya Allah - Wali