Pelakon Elisya Sandha kini menggalas tanggungjawab besar selepas dia sudah menyertai syarikat produksi milik ibu dan bapa mentuanya iaitu Sheila Ruslyserta Jinggo, JS Pictures.

Berita gembira itu dikongsikan oleh bapa mentuanya yang juga pengarah dan penerbit, Azman Haji Yahya atau lebih dikenali dengan panggilan Jinggo menerusi perkongsian video di Instagram.

“Alhamdulillah.. hampir selesai. Perancangan 27 tahun ini hampir terlerai. Pengakhiran 2022 telah sampai, cabaran 2023 sudah menggapai.

“Setelah beban bahu kanan Papa lepaskan pada Haq, hari ini dengan rasminya beban bahu kiri mama lepaskan pada awak. All the best, goodluck. Stay strong, welcome on board.. JS Pictures.

“Anak papa, Elisya Sandha,” kongsi Jiggo.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat kasih sayang yang terjalin antara Elisya bersama keluarga mentuanya.

Malah Elisya turut meninggal komen dengan ungkapan ‘Bismillahirahmanhirahim’ selain suaminya iaitu Uzair Haqimy juga mengucapkan tahniah.

“Wah tahniah sayang. Let’s go JS Pictures!” tulis suami Elisya yang juga adalah anak sulung kepada Sheila dan Jinggo.

JS Pictures merupakan syarikat produksi milik pasangan itu yang menerbitkan karya popular seperti Leftenan Zana, Dekatkan Jarak Kita, Ketuk Ketuk Ramadan dan banyak lagi.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

A post shared by Tok Sidang Jinggo (@jinggo_jspictures)