Laman Utama

[VIDEO] "Usah Bergembira Atas Kecelakaan Orang Lain" - Ustazah Asma' Harun

gempak
Amri Hassan
24/08/2022
23:50 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] "Usah Bergembira Atas Kecelakaan Orang Lain" - Ustazah Asma' Harun
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menegur orang ramai yang ‘gembira’ sehingga mengeluarkan kata-kata hina kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sejak kelmarin.
Kata Asma' menerusi hantaran video di Instagramnya, dia terkilan melihat orang Islam khususnya menghina sesama sendiri di media sosial dengan perkataan yang kasar dan tidak sopan.
"Ramai yang bergembira semalam, cukup mengeluarkan kalimah syukur tanpa menghina individu terbabit. Undang-undang telah tertegak, apa keburukan berlaku pada dia kita tak boleh rasa gembira dengan ayat seperti padan muka, rasakan.
"Kebaikan pastinya pernah dibuat, jangan dinafikan perkara ini mustahil semuanya jahat dan keburukan," katanya.
Tambah Asma’, umat Islam di Malaysia tidak perlu mengagungkan politik sehingga saling bermusuhan sesama saudara seagama.
"Tak perlu kita timbulkan fitnah lain kerana ketidakpuasan hati kita, musuh Islam tepuk tangan lihat kita bergaduh sesama sendiri dan orang bukan Islam pula mengeratkan hubungan mereka.
"Sebagai orang beriman kita tak boleh menghina atau kita tak boleh bergembira di atas kecelakaan orang lain lebih-lebih lagi saudara sesama Islam kita, tak kira siapa, bahkan orang itu pernah menghina dan fitnah kita," pesannya.
Sehubungan itu, Asma’ mengajak orang ramai untuk mendoakan Najib agar beliau dapat berubah menjadi seseorang yang lebih baik.
Terdahulu, Najib gagal dalam rayuan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn. Bhd. berjumlah RM42 juta.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024