[VIDEO] Usap Perut Sampai Nampak Baby Bump, Netizen Yakin Neelofa Hamil Anak Ke-2; “Bilal Jadi Abang Lepas Ni…”
30/01/2023 09:00 MYT
Usahawan dan selebriti popular, Noor Neelofa telah menyambut ulang tahun pertama putera sulungnya, Muhammad Bilal dalam sebuah majlis pada Ahad lalu.
Sambutan majlis yang sederhana namun cukup meriah itu turut dihadiri oleh keluarga dan rakan terdekat Neelofa dan suami, Hariz Ismail.
Menerusi satu rakaman video yang dimuat naik seorang pengguna @indigovelvet4 di laman TikTok, kelihatan Neelofa dan Hariz sedang memberi sedikit ucapan sebelum majlis potong kek dimulakan.
Pun begitu, apa yang mencuri perhatian adalah usahawan berusia 34 tahun itu dilihat mengusap perutnya sehingga menampakkan baby bump ketika membuat ucapan di depan tetamu yang hadir.
Malah, kapsyen yang ditulis pemilik akuan tersebut menguatkan lagi dakwaan bahawa bekas hos program MeleTop itu sedang berbadan dua.
“Selamat ulang tahun ke satu tahun Bilal, dah nak jadi abang dah tak lama lagi,” tulisnya.
undefinedSementara itu, menjengah ke ruangan balas, rata-rata wargamaya merasa terkejut selain ada yang sudah menjangka terlebih awal mengenai perkara tersebut.
“Serius la Neelofa pregnant?,” kata seorang wargamaya.
“Masya-Allah rezeki Neelofa dan suami, semoga dipermudahkan,” tulis seorang warganet.
“Aku dah kata daripada hari itu lagi, wah Bilal jadi abang lepas ini,” kongsi seorang netizen.
“Nampak sangat dah baby bump Lofa, tahniah!” kata seorang lagi wargamaya.
Untuk info, Neelofa dan Hariz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021. Hasil perkawinan mereka dikurniakan Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.