[VIDEO] Ustazah Dikecam, Label Suami Dayus Biar Doktor Lelaki Tengok ‘Bawah’ Tempat Rahsia Isteri - “Kalau Lelaki Ya, Sakit Perut Sikit Dah Kecoh!”
Asyikin Mayudin
06/11/2022 22:55 MYT
06/11/2022 22:55 MYT
Video perkongsian seorang Ustazah bernama Siti Afifiah Shahbudin di TikTok lantang menyuarakan mengenai kaum ibu yang ingin bersalin tidak patut mendedahkan aurat di hadapan doktor lelaki mengundang pelbagai reaksi netizen.
Lantang dan tegas, Siti Afifah menganggap seorang suami sepatutnya menjaga maruah isteri dengan menyediakan doktor wanita untuk menyambut kelahiran anak mereka.
“Lelaki-lelaki di luar sana, minta maaf. Anda nak marah ustazah, marah! Kalau kamu tak takut dosa dengan Allah, esok Allah tanya… aurat isteri kamu tu tidak adalah kemudaratan kerana ramai doktor-doktor wanita di luar sana.
“Ramai doktor wanita di luar sana, lebih ramai, kenapa duk dibiarkan doktor lelaki juga yang nak sambut bini awak, yang tengok ‘bawah’ bini awak tu.
“Mana dia seorang lelaki, mana seseorang yang ada rasa cemburu melihat lelaki lain yang melihat aurat isteri dia, di bawah tempat rahsia yang hanya suami saja tahu.
“Mana rahsia dia? Mana dia? Ustazah kata, mana kebenaran kamu sebagai seorang lelaki. Kamu ingat di dunia, kamu boleh lepas tangan. Allah akan membela wanita. Jangan main-main,” tegasnya.
Malah, Siti Afifah turut menggelar lelaki yang membenarkan doktor lelaki melihat bahagian kemaluan isteri mereka itu adalah dayus.
“Sehebat mana kamu sama ada ustaz di luar sana mengajar dan ceramah, macam mana kalau bini (bayi) kamu disambut lelaki yang bukan suaminya.
“Kamu bertanggungjawab di hadapan Allah. Kamu dayus. Suami yang dayus adalah yang tiada ihsan, tidak membela maruah isterinya,” ujarnya lagi.
Siti Afifah turut menasihati golongan suami agar menyimpan wang sekitar RM4,000 dalam tempoh sembilan bulan isteri hamil untuk membayar kos melahirkan anak di hospital swasta yang menyediakan khidmat doktor wanita.
“Bayarlah doktor perempuan. Mentang-mentang bukan kita yang beranak. Anda (lelaki) kalau sakit perut pun bising dan kecoh,” katanya lagi.
Rata-rata netizen berasa kurang setuju dengan kenyataan tersebut memandangkan bukan semua orang berkemampuan untuk mengumpul wang sebanyak itu.
“Kami orang susah... mana mampu nak pergi hospital mahal. Allah yang tahu kami ibu-ibu bersalin. Janji kami semua selamat bersalin.
“Memang semua ada RM10,000 dalam tangan nak hantar bini bersalin di hospital swasta. Jangan senang-senang jatuh hukum walaupun ustazah sekalipun.
“Ustaz Azhar Idrus beritahu tak apa kalau darurat dan tak ada doktor perempuan dan waktu itu ada doktor lelaki sahaja. Itu la yang pernah saya dengar daripada penjelasan Ustaz Azhar,” komen netizen.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!
@sunnahtidakberbohong #doktorlelakisambutisteribersalin #sakitoperationsakitnyaselamanya #suamiwajibjagaisterioperationseumurhidupnyadenganbaik #sunnahtidakpernahberbohong ♬ bunyi asal - Siti Afifah Shahbudin