Laman Utama

[VIDEO] Versi Asal Dah Mega! Vanessa & Pasya Sahut Cabaran Nyanyi Balik Lagu Halaman Asmara - "Bab Perbandingan Paling Seram"

gempak
Amri Hassan
10/07/2022
09:45 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO] Versi Asal Dah Mega! Vanessa & Pasya Sahut Cabaran Nyanyi Balik Lagu Halaman Asmara - "Bab Perbandingan Paling Seram"
Zaman berganti zaman, namun lagu Halaman Asmara nyanyian Datuk Awie dan Ziana Zain terus menjadi karya ikonik sehingga kini.
Justeru, tanggungjawab penyanyi Vanessa Reyauld dan Pasya menyanyikan versi baharu Halaman Asrama cukup berat untuk dipikul. Mana tidak, versi asalnya pun sudah terlalu hebat dan tiada tandingan.
Mengakui memang agak risau diberikan mandat itu, Vanessa atau nama sebenarnya Vanessa Ben Reynauld, 22, berkata dia bagaimanapun tetap beranikan diri mencabar dirinya. Hakikatnya, rasa teruja dan bangga melebihi debarannya.
"Secara peribadi, saya sangat suka lagu ini dan rasa ia tidak kedengaran seperti lagu raya pun tapi lebih kepada lagu balada yang besar. Apabila dapat tahu saya kena duet dengan Pasya untuk lagu ‘Halaman Asmara’, saya teruja jadi penerus legasi sebab lagu ini memang ikonik.
"Setiap lagu yang saya bawakan, saya cuba untuk memahami liriknya serta jalan cerita sebelum nyanyikannya. Saya mahu suntik perasaan sendiri dalam lagu itu supaya pendengar pun dapat rasa apa yang sepatutnya dirasakan," katanya.
Idea spontan
Vanessa mendedahkan projek merakam semula versi baharu Halaman Asmara bersama Pasya sebenarnya tidak dirancang. Idea nyanyi lagu raya secara berduet terjadi secara spontan tidak lama dahulu.
Bahkan dia terus bersetuju sahaja kerana memang sudah tahu cara nyanyian dan kemampuan vokal Pasya. Namun begitu, dia akui cabaran utama bukan pada kemampuan mencapai nota tinggi, sebaliknya lebih daripada itu.
"Kita semua tahu ini sebuah lagu yang cukup mencabar vokal dan untungnya laras vokal kami berdua memang luas. Untuk mencapai notanya bukan masalah tapi yang mencabarnya adalah percubaan lari daripada identiti penyanyi asal," katanya.
Dibayangi versi asal
Menurut Pasya atau nama sebenarnya Faizul Asyraf Fauzi, 28, pula, dia juga sejujurnya tidak risau disebabkan memang peminat tegar lagu Halaman Asmara. Dapat menyanyikan semula lagu yang sangat ikonik ini buat dirinya terharu dan teruja.
Berkongsi proses rakamannya, Pasya bersyukur bukan susah buatnya menghayati lagu ini dengan baik di studio. Dia turut berbesar-hati dipadankan dengan Vanessa untuk projek cukup bermakna ini.
"Vanessa memang seorang penyanyi yang bagi saya cukup berpengalaman. Dia memiliki kepelbagaian warna suara dalam nyanyiannya. Itu menjadi kelebihan tersendiri untuknya kerana bukan saja ada vokal mantap malah sangat versatil," katanya.
Pasya tidak menafikan terbit rasa gusar juga sekiranya versi ‘Halaman Asmara’ baharu ini akan dibayangi versi asal. Namun dia yakin keunikan tersendiri sudah disuntik mereka dalam menghidupkan lagu itu agar tampil lebih segar.
"Bab perbandingan memang paling seram sekali. Tapi mestilah bersedia untuk itu sebab mesti akan ada yang bandingkan. Apapun, saya secara peribadi rasa tak wajarlah bandingkan kami yang kerdil ini dengan penyanyi asal," katanya.
Dua penyanyi makin bersinar ini cukup mengagumkan pencapaiannya sejak memijak industri muzik tempatan. Selain memiliki vokal hebat, Vanessa pernah terpilih untuk kempen Equal oleh platform penstriman digital tersohor dunia, Spotify.
Wajah Vanessa juga pernah terpampang di papan iklan ikonik di New York Times Square, Amerika Syarikat. Selain itu, lagu duetnya bersama Naqiu berjudul Rindu Separuh Nyawa berjaya meraih dua kali ganda platinum dalam tempoh setahun.
Manakala, Pasya pula berjaya dinobatkan tempat ketiga program nyanyian realiti, Lagu Cinta Kita musim ketiga (LCK3). Meskipun bukan juara, nama Pasya pantas meniti di bibir peminat disebabkan keunikan vokalnya.
Halaman Asmara boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live