Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

[VIDEO] Vida Dikecam Kerana Menjerit Sampai Anak Orang Menangis - “Jangan Jerit Tepi Telinga Baby Datuk”

Izwan Isa 18/09/2022 | 04:50 MYT

Usahawan kosmetik kontroversi, Datuk Seri Vida mengakui yang dia suka bermain dengan bayi kecil.

Menerusi hantaran di Instagram, Vida berkata yang dia pasti akan menegur anak-anak kecil jika melihat mereka bersantai bersama ibu bapa di pusat beli belah.
Begitupun, keramahan Vida pada kanak-kanak tidak kekal lama apabila seorang bayi yang didukungnya baru-baru ini menangis akibat mendengar dia menjerit.

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

“Saya ni suka sangat bermain dengan bayi. Bila jumpa orang yang bawa baby kat kat luar or shopping saya akan tegur dan bermain dengan anak mereka.
“Ye la kadang kita bila dah geram nampak baby rasa nak gigit je. Kesian kat baby seriau dengan saya jerit,” katanya.
Tindakan Vida menjerit ketika mendukung bayi mendapat maklum balas negatif dalam kalangan pengikutnya.
Rata-rata memberi pandangan yang dia tidak sepatutnya menjerit ketika mendukung bayi yang masih kecil.
“Jerit kat tepi telinga baby, tu yang nangis kot dia terkejut.”
“Terus pekak baby tu.”
“Jangan jerit tepi telinga baby Datuk, pekak dia besar nanti. Gegendang kecil lagi tu.”
“You jerit macam budak tu umur berapa, bukan slow. Budak tadika pun kalau kena jerit gitu nangis Datuk.”

#Datuk Seri Vida #Baby Menangis #Menjerit
;