Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Viral Bodyguard Syed Saddiq Rupa ‘Helok’ & Berbadan Sasa’, Netizen Cair; “Handsome Betul Lah!”

Shahrin Zulkifle
18/11/2022 22:00 MYT
Nama Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman antara yang menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)

Menggunakan media sosial miliknya sebagai platform untuk berkempen, Saddiq juga dilihat sering melakukan konten-konten yang menarik sehingga mencuri perhatian wargamaya. Malah setiap gerak-gerinya menjadi tumpuan.

Terbaharu, sepotong video yang dimuat naik pengguna TikTok, @zulkapang menjadi tular sewaktu Saddiq menghadiri sebuah majlis bersama orang ramai.

Menerusi video tersebut, apa yang menyorot perhatian wargamaya adalah seorang jejaka berbadan sasa yang dilihat mengiringi Saddiq pada majlis tersebut.

Difahamkan, jejaka berkenaan yang dikenali sebagai Farhan merupakan 'orang belakang' dan pengawal peribadi kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen ‘cair’ melihat ketampanan jejaka berkenaan.

“Apa nama bodyguard dia, handsome betul!” ujar seorang wargamaya.

“Ah risau, handsome betul lah!” kata seorang netizen.

“YB handsome, bodyguard pun handsome,” kongsi seorang warganet.

undefined
Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut menerima lebih 350ribu tontonan dan 15ribu tanda suka.

A post shared by Farhan Akmal (@lamkanahraf_)

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini
Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Viral #Syed Saddiq #TikTok #PRU15 #Farhan Akmal