Skip to main content

Viral

[VIDEO] Viral Jejaka Suara Sedap, Muka Macam Roslan Shah! Siapa Rayme Zainal Ni?

sekadar-gambar-hiasan-2022-10-21t140321-297.png

Sepotong video memaparkan aksi seorang lelaki sedang menyanyi dengan kuat di sebuah kedai kopi mencuri perhatian warganet.

Video yang telah dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter itu telah mendapat lebih 140,000 tontonan dalam tempoh sehari.

"Semalam ada kawan lepak lepas tu dia hantar video dia rekod ada mamat aneh mana entah tiba menyanyi masa tu. Tapi kan kenapa mamat tu muka macam Roslan Shah ek? Ke memang dia?" ciap pengguna berkenaan.
 

Semalam ada kawan duk lepak kat Zus pastu dia hantaq video dia rekod ada mamat aneh mana entah tiba menyanyi2 masa tu.. Tapi kan, kenapa mamat tu muka macam Roslan Shah ek? Ke memang dia? pic.twitter.com/cbOvUir7mb

Mengakui akan persamaan wajah dengan Roslan Shah, Rayme menganggap komen-komen sedemikian sebagai satu pujian.

Rayme juga menjelaskan bahawa biar pun seringkali disamakan dengan Roslan, dia sesekali tidak menggunakan kelebihan itu sebagai ruang untuk menumpang populariti mana-mana artis.

"Memang ada viral media sosial dan selalu orang tegur muka seiras saya Roslan dari dulu lagi dan ada juga yang kata seiras pelakon, Cico Harahap.

"Namun saya tiada apa-apa kaitan dengan Roslan malah tidak mengenali beliau secara peribadi tetapi pernah berjumpa di program-program umum.

"Bagi saya, Roslan sangat bagus sebagai pengacara dan pandai juga menyanyi. Beliau sangat menghiburkan sebagai pengacara dan juga versatile sebagai selebriti serba boleh," katanya.

Untuk rekod, Rayme, 44, pernah mengeluarkan single Tiada Lagi Esok pada 2020 dan Andai pada Mei lalu.

Sebelum ini, Rayme pernah menjadi juara di pertandingan atas talian anjuran Sajakiri Musicdab dan menyertai program realiti tv francais dari United Kingdom bagi musim pertama iaitu All Together Now Malaysia anjuran ASTRO.

Pada April lalu, dia yang memiliki bakat sebagai komposer turut mengeluarkan single ketiga sempena Aidilfiti yang bertajuk Rindu Di Hari Raya.

Lancar lagu keempat Close To You

Sementara itu mengulas karier seninya, Rayme berkata, dia akan mengeluarkan single keempat yang bertajuk Close to You pada bulan depan dan merancang untuk mengeluarkan EP pada tahun 2023.

"Saya sudah lama minat dalam bidang nyanyian ini dan sanggup memasuki kelas vokal bersama beberapa guru vokal selebriti iaitu Cikgu Shafi, Cikgu Sarah Ismail dan Cikgu Aruel Ariel sejak tahun 2017 sehingga hari ini.

"Namun hehadiran sebagai penyanyi bukan untuk bersaing, tetapi lebih kepada berkongsi minat dan bakat dalam bidang nyanyian.

"Berharap agar nyanyian dan lagu-lagu ciptaan sendiri diterima pendengar dan semoga mendapat tempat di industri hiburan tanahair," katanya yang masih bujang.

Must-Watch Video

Advertisement