Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

[VIDEO] "Walaupun Ni Sneak Peek, Dah Terkejut Sini Sana!" - Saksikan 24 Minit Pertama Filem Pusaka Secara Eksklusif!

Kamaruddin Razal
30/10/2019 11:51 MYT
Debaran semakin dirasakan!

Filem Pusaka bakal menemui penonton di pawagam bermula esok, 31 Oktober 2019!

Menerusi respon yang diterima daripada penonton yang menghadiri malam gala filem Pusaka yang berlangsung baru-baru ini, semuanya memberikan maklum balas positif!

Sedutan 24 minit pertama filem Pusaka juga sudah dimuat naik di saluran YouTube Astro Shaw beberapa hati lalu.

Melihat kepada respon peminat yang sudah menontonnya, rata-rata memberikan komen yang baik dan tidak sabar mahu menonton keseluruhan filem di pawagam berdekatan!





Mari menonton video Tayangan Perdana Filem Pusaka di bawah:



Filem Pusaka merupakan karya terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director's Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47.

Mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid, filem ini membariskan bintang-bintang hebat.

Filem ini menampilkan pelakon hebat seperti seperti Syafiq Kyle, Mimi Lana, Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Sweet Qismina, Hafidz Roshdi, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Jangan lupa saksikan filem Pusaka di pawagam bermula 31 Oktober ini!

OFFICIAL TRAILER #PUSAKA #DiaDahDatang #FilemPusaka Adakah kehadiran ia sebagai satu pelindung atau petaka? Yang pasti, apa yang terjadi pada mereka ini, semuanya atas kau! #PUSAKA DI PAWAGAM 31 OKTOBER 2019 Dibintangi oleh @syafiqkylez @missmimilana @kak_ogy @faizalhusseinofficial @razaisyam @hafidz.roshdi @sweetqismina @aleza_shadan @yunarahim @megat_sharizal @aloyparadoks

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw) on


Untuk lebih informasi mengenai filem Pusaka, layari laman Facebook, YouTube, Twitter dan Instagram Astro Shaw.
#Pusaka #Filem Pusaka #Tayangan Perdana
;