Beberapa lokasi di negeri Johor berdepan dengan situasi bencana banjir termasuklah di kawasan kedai milik penyanyi Wani Syaz yang terletak di Batu Pahat.

Wani memuat naik video memperlihatkan kawasan kedainya yang sudah dinaiki air baru-baru ini dan turut mendoakan agar mangsa banjir dipermudah segala urusan.

“Tengok ini kawasan kedai Wani, memang sangka tau naik macam ini. Bayangkan rumah-rumah lain. Doakan agar tempat kami dipermudahkan segala urusan.

“Ya Allah, lindungilah saudara-saudara kami yang terlibat dengan musibah banjir. Jauhilah mereka daripada sebarang bahaya dan mudarat yang berpanjangan.

“Jadikanlah musibah ini sebagai suatu yang mengingatkan dan mendekatkan kami kepada-Mu. Kami hamba-Mu yang lemah, tiada daya dan upaya dalam diri kami melainkan semuanya datang daripada-Mu,” kongsinya.

Situasi banjir di Johor Bahru terus kritikal apabila kini terdapat seramai 49,410 mangsa yang ditempatkan di 269 pusat pemindahan sementara (PPS) yang telah dibuka setakat pukul 8 pagi, Isnin.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan berbanding seramai 44,860 mangsa yang ditempatkan di 260 PPS, pada waktu sama, semalam.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani memberitahu, jumlah mangsa banjir terkini itu terdiri daripada sebanyak 14,125 buah keluarga.

@wanisyazofficial_ Doakan agar tempat kami dipermudahkan segala urusan ? Ya Allah, lindungilah saudara-saudara kami yang terlibat dengan musibah banjir. Jauhilah mereka daripada sebarang bahaya dan mudarat yang berpanjangan. Jadikanlah musibah ini sebagai suatu yang mengingatkan dan mendekatkan kami kepada-Mu. Kami hamba-Mu yang lemah, tiada daya dan upaya dalam diri kami melainkan semuanya datang daripada-Mu. #prayforserimedan #batupahat #johor ♬ original sound - wanisyazofficial_