Laman Utama
[VIDEO] Wanita Kongsi Cara Mudah Dapatkan Kulit & Bibir ‘Pinkish’ Dengan Hanya…
Gara-gara mempunyai kulit yang kusam dan pucat, ramai wanita menjadi kurang yakin dengan diri sendiri untuk keluar rumah tanpa sebarang solekan.
Biarpun sudah menggunakan produk di pasaran, namun masih tidak memberi kesan yang baik berpanjangan malah ada juga yang menyebabkan tona kulit wajah menjadi tak sekata sehingga kemunculan jerawat.
Menariknya, seorang wanita bernama Arsha Armalie menerusi akaun TikTok miliknya berkongsi cara mendapatkan kulit 'pinkish' asli yang mulus dan berseri dengan hanya menggunakan ubi bit.
Bukan sahaja tona kulit menjadi sekata, malah wajah juga dikatakan akan lebih glowing dan bibir pun tidak lagi pucat!
Cara penyediaan
#1. Bersihkan ubi bit dan kisar sehingga halus.
#2. Tapis supaya dapat asingkan air dan hampas ubi.
#3. Untuk menghasilkan lip balm, hanya perlu campurkan air perahan tadi bersama susu (boleh gunakan susu tepung), jus pokok lidah buaya dan minyak kelapa dara.
Gaul sebati dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
#4. Hampas bit pula dicampurkan dengan yogurt dan jus pokok lidah buaya untuk dijadikan masker muka.
#5. Tunggu sehingga kering dan lap dengan kain bersih.
Tak perlu cuci supaya khasiat sebatian tadi dapat meresap ke dalam kulit.
Untuk info, ubi bit juga terkenal dengan pelbagai manfaat lain untuk kesihatan dalaman seperti menurunkan tekanan darah dan melawan keradangan yang berlaku.
Tumbuhan yang nama saintifiknya Beta vulgaris ialah sejenis sayur-sayuran daripada keluarga Amaranth (Amaranthaceae) iaitu keluarga yang sama dengan bayam dan quinoa.
Ubi bit mengandungi fitonutrien yang menjadi bahan utama dalam khasiatnya kepada kesihatan.
@arshaarmalie Replying to @? ♡ Result In 7 days , Pakai malam dan pagi setiap hari korang akan tgk lips korang pink natural & effective #pinklips #darklips#skincare#lips#skintok#diyarsha#diy#fyp#foryou #trending#flawlesskin #tiktokmalaysia #maskerviral #organik ♬ original sound - Arsha Armalie
Must-Watch Video