Raikan Wira Wonda Kita! Kongsikan kisah inspirasi wira anda & menangi wang tunai RM10,000

[VIDEO] Waris Dituduh Sengaja Jadikan Penyakit Anxiety Sebagai Bahan Lawak - “Senang Cerita Saya Dah 10 Tahun Mengalami, Jadi…”

Asyikin Mayudin
23/12/2022 00:55 MYT
Gara-gara memuat naik video di TikTok dengan kapsyen mengatakan penyakit ‘anxiety’ tidak dibenarkan di acara hiburan yang dihadiri, penyanyi rap Waris menerima kritikan netizen.

Menerusi komen di perkongsian video itu, netizen berkata penyanyi itu tidak sepatutnya menjadikan penyakit tersebut sebagai bahan lawak.

“Anxiety tu boleh berlaku kat mana-mana saja Waris. Orang yang mengalami saja faham. Jadi, benda tak lawak okay,” komen netizen.

Membalas komen netizen itu, Waris menjelaskan. dia tidak berniat untuk memerli atau membuat lawak mengenai anxiety namun mendedahkan dirinya berdepan masalah itu sejak 10 tahun lalu.

“Saya pun tak ada masa nak menganjing-anjing orang… saya bukan nak buat lawak. Benda ini kena pada diri saya hampir 10 tahun dah berperang dengan anxiety ni.

“Sebenarnya anxiety ni, senang cerita saya dah 10 tahun mengalami, jadi saya dah boleh control. Cuma, kadang-kadang tu yang part tu nervous saja la,” kata Waris.

Sementara itu, penyanyi lagu Gadis Jolobu tersebut menasihati individu yang berdepan masalah anxiety agar tidak terlalu memikirkan tentang masa hadapan.

“Saya rasa yang paling penting sekali, jangan fikit fasal masa depan sangat la. Kita tak tahu apa yang akan jadi di masa depan.

“Jadi, itu bukan kerja kita… tak payah la nak menghukum ke apa ke. Stop being God… maknanya berhenti jadi tuhan la sebenarnya orang yang kena anxiety ni.

“Kita tak tahu masa depan apa yang terjadi, kita tak payah duk fikir lebih-lebih. Anxiety ni bukan benda main-main. Saya pun bukan nak buat lawak benda ni,” katanya.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

undefined

#Waris #Anxiety #Artis anxiety #Waris anxiety