Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] “Yang Kenal Terima Kasih…” – Nana Mahzan Kongsi Suka Duka 19 Tahun Bergelar Anak Seni

Shahrin Zulkifle
08/07/2022 10:30 MYT
Ada yang kenal, tak mustahil juga yang belum cukup mengenali figura bernama Nana Mahazan!

Menerusi hantaran terbaharu di akaun TikToknya, Nana berkongsi paparan skrin reaksi warganet tentang dirinya hasil daripada sesi soal jawab terdahulu.

“Yang tak kenal, salam kenal semua! What a memorable and amazing 19 years in the industry, now bigger purpose & huge goals. Doakan saya dapat bantu lebih ramai orang”, tulis Nana pada kapsyen.

Sementara itu, pada klip yang sama Nana atau nama lengkapnya Nurul Hana Che Mahazan turut berkongsi perjalanan awal kerjayanya bergelar anak seni.

“Yang kenal terima kasih, yang tidak kenal mari saya memperkenalkan diri.

“Bermula pada tahun 2003, saya sertai Akademi Fantasia musim pertama, tetapi tidak menang, tersingkir pada minggu ke-7 konsert.

“Menerima banyak kecaman dan caci makian, namun saya tetap teruskan sehingga menemukan cinta (kejayaan).

“Saya menjadi penyampai radio Era pada tahun 2004, kemudian berkahwin pada tahun 2009 dan dikurniakan cahaya mata pertama pada 2010 bernama Althea dan anak kedua bernama Aaqib pada 2013.

“Saya sangat bersyukur kerana memiliki suami yang hebat dan sekarang saya merupakan seorang Ikon, Usahawan, Infuencer dan Pengacara TV.

“Dan baru sahaja menjangkau usia 39, saya memasang misi untuk menjadi manusia yang bermanfaat, membuat ibu bapa bangga, berjuang untuk pasukan saya, supaya mereka juga turut mampu mengejar impian mereka, maka itulah saya Nana Mahazan!,” tulis Nana.

Menerusi klip berkenaan, Nana bertujuan ingin memberikan motivasi dan semangat kepada yang menonton video tersebut bahawa setiap kejayaan yang dimiliki datang dengan usaha yang gigih.

Sekadar info, Nana kini lebih menumpukan dirinya dalam bidang perniagaan dengan menghasilkan produk kosmetik jenama sendiri, Nana Mahazan Beauty.

undefined
#Viral #Akademi Fantasia #Nana Mahazan #Radio Era
;