Viral
[VIDEO] "Yang Penting Akim Maafkan Saya" - Stacy Cerita Kisah Sebenar Di Sebalik Pakaian Terlebih Seksi Ketika ...
Penyanyi Stacy Anam menjelaskan suaminya Akim Ahmad sudah memaafkannya atas kontroversi pakaian yang mencolok mata ketika beraksi di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) baru-baru ini.
Kata Stacy dia sama sekali tidak menyangka pakaian terbabit menerima pelbagai kritikan dan komen pedas daripada netizen.
"Sebelum naik pentas semua kata pakaian saya okey, sekali apabila sudah habis membuat persembahan saya terkejut apabila ramai yang meninggalkan komen marah-marah.
"Saya sebenarnya takut melihat reaksi Akim tetapi saya sendiri bertanyakannya secara baik-baik. Teruk sangatkah?
"Yang penting dia tahu apa yang berlaku dan sudah memaafkan saya," ujar Stacy ketika ditemui pada sidang media Mentor Milenia 2019 di Hotel Hilton Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Terdahulu, Stacy telah membuat permohonan maaf terhadap aksi dan pakaiannya yang dianggap netizen terlalu seksi ketika menyanyikan lagu terbaharunya, Khayal.
Saksikan penjelasan lanjut Stacy menerusi video ini.
Must-Watch Video