[VIDEO] “You Tetap Kawan I” - Insiden Ditampar 6 Tahun Lalu, David Teo Maafkan Mat Over
Mya Amri
15/04/2023 01:40 MYT
15/04/2023 01:40 MYT
Buat pertama kalinya selepas insiden ditampar kira-kira enam tahun lalu, pelakon Mat Over memohon maaf kepada penerbit, David Teo.
Momen itu dikongsi sendiri oleh Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Menurut Mat Over, sebagai manusia dia juga tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan.
“Aku juga manusia biasa yang sering melakukan kekhilafan. Jangan merasa malu mengakui kesilapan yang pernah kita lakukan.
“Itulah tugas setiap insan. Hari baik bulan baik ini marilah kita bermaaf-maafan,” tulisnya.
Dalam pada itu, David menerusi akaun Instagram juga memaklumkan bahawa dia sudah memaafkan pelawak tersebut.
“Kejadian sudah lama berlaku dan juga dimaafkan. Perjuangan harus diteruskan. You tetap kawan I ma,” tulisnya.
Terdahulu, insiden bermula apabila David mempertikai gaya moderator, Datuk Rosyam Noor mengendalikan segmen sembang.
David turut mendakwa Rosyam tidak adil kepada peserta yang hadir kerana sering memberi peluang bertanya di bahagian tertentu sahaja.
Mat Over kemudiannya secara tiba-tiba meluru ke depan pentas bagi memberi amaran kepada David supaya tidak kurang ajar, sambil menampar muka penerbit itu.
Kejadian Mat Over menampar David berlaku ketika sesi Dialog Transformasi Nasional TN50 di hadapan Perdana Menteri pada ketika itu, Datuk Seri Najib Razak bersama Penggiat Seni di Seri Perdana, di Putrajaya pada Mei 2017.