Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Zahirah MacWilson Akui ‘Muka Tak Malu’ Luah Perasaan Dekat Aiman Hakim Melalui Amelia Henderson

Asyikin Mayudin
22/11/2022 01:55 MYT
Perbualan antara pelakon Amelia Henderson dengan Zahirah MacWilson yang hadir sebagai tetamu jemputan di podcast Studio Sembang yang dikongsikan di TikTok menarik perhatian netizen.

Menerusi rakaman pendek, Amelia memberitahu Zahirah pernah menghantar mesej kepadanya di Instagram bertanyakan mengenai Aiman Hakim Ridza ketika dia dan aktor itu berada di Korea.

“Selepas saya dah bekerjasama dengan Zahirah, saya pergi Korea bersama Aiman untuk satu kempen ini, dan do you remember what you DM me?” tanya Amelia.

Zahirah mengakui dia dengan berani mesej Amelia mengatakan dia mempunyai perasaan terhadap Aiman Hakim yang ketika itu mereka belum mengenali satu sama lain.

“I remember, I DM you and I was like ‘can you say hi to Aiman for me? I have a bigger crush on him’. Muka tak malu tau,” kata Zahirah sambil ketawa.

Memuji tindakan berani itu, Amelia berpendapat ada kemungkinan Aiman ketika itu berasa bimbang atau kurang bersedia untuk mengajak Zahirah keluar bersama.

“Tapi saya rasa ia satu benda yang cool awak pernah buat. Sebab mungkin disebalik tabir yang kita tak tahu di mana satu hari nanti kalau saya jumpa Aiman nak tanya juga.

“Mungkin agak menakutkan juga ajak seseorang keluar bersama, mungkin dia pun macam tak cukup bersedia, tapi saya bersyukur awak lakukan itu. Sebab sis pun nak cuba jadi wingman (woman),” ujarnya.

Rata-rata netizen lebih teruja melihat kemesraan dua aktres cantik yang mempunyai darah kacukan selain berharap mereka akan digandingkan dalam sebuah karya tidak lama lagi.

Untuk rekod, Zahirah sudah mendirikan rumah tangga dengan Aiman pada 20 Februari 2020 dan pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Isaac Raees yang berusia dua tahun.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

undefined
#Aiman #Amelia #Zahirah #Amelia Zahirah #Zahirah Aiman #Zahirah perasaan
;