Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO]: "Zaman Belajar Dah Cemerlang"- Hebat Anak Kelantan! Ini 7 Kejayaan Khairulaming Yang Boleh Jadi Inspirasi Anak Muda

Mya Amri
26/09/2022 14:15 MYT
Personaliti media sosial, Khairul Amin Kamarulzaman baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-30 tahun.

Bersempena dengan hari istimewa itu, Khairul atau lebih dikenali sebagai Khairulaming memuat naik satu video istimewa tentang dirinya.

Video itu merangkumi susah senang perjalanan hidupnya dari dari usia 20 tahun sehinggalah 30 tahun.

Bermula sebagai seorang jurutera dan mencari rezeki lebih dengan membuat perniagaan sambal.

Walaupun pernah berdepan dugaan besar sehingga jualannya gagal, duit simpanan habis namun dia tidak pernah berputus asa.

Khairulaming kemudiannya bangkit dengan strategi baru dan memberi keutamaan kepada personal branding di Instagram dengan cara berkongsi video masakan.

“Saya buat video ini untuk compile my life journey dari umur 20 ke umur 30. Sepuluh tahun yang penuh dengan macam-macam memori. Thanks to everyone for being part of the journey,” tulisnya.

Kami kongsikan tujuh kejayaan Khairulaming yang boleh jadi inspirasi anak muda

#1 Video Contest

“Pada umur 21 saya kumpul duit dan beli kamera DSLR yang pertama dan daripada situ saya banyak memperbaiki ilmu videografi dan menang tempat pertama untuk International Travel Video Contest dekat USA dan menjadi presiden untuk Student Association di Vanderbilt Amerika Syarikat,”

#2 Graduate

“Sepanjang empat tahun di sana saya graduate dengan Degree Major Mechanical Engineering and Minor dalam Material Sains dan Engineering dan di sini jugalah sedikit sebanyak saya belajar tentang dunia manufacturing,”

#3 Kerjaya Oil & Gas

“Umur 23 tahun pulang ke tanah air dan mendapat kerja dalam bidang oil dan gas. Kerja pertama saya adalah sebagai rotating engineer dan kemudiannya bertukar kepada piping engineer,”

#4 Dunia Digital & Video Masak

“Umur 25 rasa nak buat side income, jual healthy meal gagal, baju gagal, jadi saya rasa baik buat video masak.

“Jadi saya set up booth photoshoot kecil guna almari baju, buat video masak dan muat naik di Facebook, Rasapop.

“Usia 26, Rasapop boom sampai setengah juta pengikut dan saya ambil keputusan untuk jual produk sendiri,”

#5 Khairulaming

“Pada usia 27, tidak lagi menyorok di belakang Rasapop tetapi tampil ke depan sebagai Khairulaming, jadi followers dari seribu orang naik ke ratusan ribu,”

#6 Sambal Nyet

“Selepas mengharungi 10 tahun yang penuh dengan cabaran, kerja keras, kegagalan, kejayaan, kenangan manis, kenangan pahit, saya sangat bersyukur dengan pengalaman dan rezeki yang ada pada hari ini.

“Sebab saya bukan berkongsi seorang tetapi dekat semua orang disekeliling saya. Sekarang Sambal Nyet telah ada dua kilang.

“Insya-Allah kilang kedua dah nak siap, tinggal sedikit sahaja lagi renovation dan saya nak inform yang saya akan tambah studio baru,”

#7 Travel

“Sebagai penghargaan untuk diri sendiri, pada umur 30 ini saya nak banyakkan travel. Saya nak explore dunia di luar sana.

“Saya mahu memberikan penghargaan kepada diri saya dan saya juga mahu menghasilkan konten yang lebih baik.

“Terima kasih kepada anda yang telah menjadi sebahagian dalam perjalanan hidup saya. Saya juga ingin berterima kasih kepada diri saya kerana tidak putus asa mencapai impian," jelasnya menutup kata.

Kisah Khairulaming ini ternyata memberikan inspirasi buat golongan muda masa kini.

Malah perkongsiannya itu juga mendapat pujian selain menjadi contoh dan pembakar semangat buat mereka yang ingin berjaya dalam bidang perniagaan sendiri.

Saksikan video penuh Khairulaming di bawah:

A post shared by Khairul Amin Kamarulzaman (@khairulaming)

#Kelantan #Kejayaan #Khairul Amin #Khairulaming #Anak Kelantan #Tujuh Kejayaan
;