Nama pelawak Shuib menjadi perbualan netizen di TikTok selepas tular video memperlihatkan seorang wanita sedang bermain golf berlatarbelakang suara lelaki.

Rata-rata netizen mendakwa suara di video itu adalah Shuib memandangkan pelawak itu kini digosipkan mempunyai hubungan cinta dengan wanita tersebut yang dikenali sebagai Watie.

Gara-gara video tersebut hangat diperkatakan, Watie mengubah kapsyen di video yang dimuat naik pada April 2019 dengan menafikan suara itu adalah Shuib.

“Yang datang dari TT (TikTok), untuk pengetahuan anda, bukan suara dia la. Zaman ini, dia pun belum mula main golf lagi.

“Jadi, tolong. #takbaikfitnahorang,” tulis di kapsyen yang sudah diubah.

@ainmintttttt

♬ Tiba-Tiba Speed Up - liriklaguツ

Gosip mengenai hubungan rapat Shuib dengan seorang usahawan bernama Watie Hanifiah itu mula tersebar selepas seorang pengguna TikTok memuat naik video berkenaan mereka berdua.

Menerusi video tersebut, pengguna itu mendakwa pasangan itu memakai pakaian sedondon ketika menghadiri beberapa buah konsert baru-baru ini.

Biarpun tiada gambar berdua, namun netizen membuat andaian berdasarkan pakaian Shuib dan Watie dilihat mengenakan busana kuning mustrad ketika menghadiri Konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live in Kuala Lumpur 2022 pada Ogos lalu.

Malah turut digabungkan gambar Shuib dan Watie yang mengenakan jaket kulit hitam ketika hadir ke konsert Anniversary Tour 30 Years of Dewa 19, Jumaat lalu.

Shuib menerusi laporan mStar menjelaskan ia kebetulan dan berkemungkinan ada wanita lain turut berpakaian sedondon dengannya.

"Pada konsert Dewa saya pakai jaket hitam dipadankan dengan kemeja-T putih, kalau konsert biasanya macam itu. Ada baju hitam, baju putih... mungkin kebetulan sama.

"Wallahualam, ada wanita lain yang memakai baju sama dengan saya juga. Tapi mungkin orang saja nak mengusik," katanya.