Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Zara Zya Sedih Kucing Kesayangan Mati, Netizen Turut Merasai; “Bagi Pencinta Kucing, Kucing Adalah Sahabat Baik”

Shahrin Zulkifle
08/09/2022 04:30 MYT
Pelakon Zara Zya meluahkan rasa sedih apabila kucing kesayangannya yang diberi nama Gabby, telah mati pada Selasa.

Video yang dimuat naik pengguna TikTok, @nadia_nanad02, menyaksikan Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin sedang menangis teresak-esak ketika berkongsi berita sedih itu kepada pengikutnya menerusi satu potongan ‘live’ di TikTok.

Ujar Zara dalam video tersebut, dia menyifatkan Gabby sebagai seekor kucing yang sangat manja.

“Kucing pertama saya, Gabby mati hari ini, saya beli masa masih kecil lagi.

“Gabby selalu teman saya tidur dan makan, kadang-kadang dia tak nak makan kalau saya tidak teman, memang manja sangat,” luah Zara.

Difahamkan juga, berita sedih itu diterima Zara ketika dia baru sahaja tiba dirumahnya selepas pulang dari set penggambaran.

Dalam pada itu, Zara yang dilihat mengesat air matanya berkali-kali turut mengatakan Gabby sudah dianggap seperti anaknya sendiri.

Menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang turut bersimpati dengan kehilangan Gabby.

“Sebagai pencinta kucing, ia bukan sekadar kucing, tapi sebagai keluarga," komen seorang wargamaya.

“Hanya pencinta haiwan sahaja yang tahu perasaan begini," komen seorang netizen.

“Orang yang faham dan mempunyai sifat kasih sayang terhadap haiwan sahaja akan rasa bila kehilangan haiwan yang kita sayang,” komen serorang warganet

undefined
#Zara Zya #Kucing #Mati
;