Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

[VIDEO] Zarina Anjoulie Buang Tatu Di Bahu, Level Sakit Boleh Tahan - "Tahu Ramai Kecam Tapi..."

Syafiqah Jalal
17/11/2022 02:41 MYT
Pelakon berkontroversi, Zarina Anjoulie tekad membuang tatu di bahu kanannya.

Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju itu berkata dia tahu ramai akan mengecam dengan tindakannya (mencacah tatu) sebelum ini.

Justeru, Anju menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi proses serta kos membuang tatu kepada sesiapa yang pernah bertanyakan kepadanya.

"Saya tau ramai akan kecam tapi sebab last tattoo removal punya video Anju post ramai sangat tanya Anju buat kat mana dan kosnya berapa...

"Jadi harap dengan video dan info ni dapat membantu.... 1 session dalam lingkungan RM500 , ink hitam lagi senang nak keluar dari ink colour2 ...

"Ink hitam dalam 1 session boleh nampak slight beza 3 hingga 4 session dah boleh nampak beza ketara banding dengan ink colour," beritahunya.

Menerusi video berkenaan Anju menunjukkan proses membuat tatu yang terdapat beberapa cacahan di bahunya.

Dalam pada itu, Anju sempat memberitahu tahap kesakitan proses membuang tatu itu.

"Level sakit yang boleh tahan. Bukan sakit giler pun," katanya lagi.

Ini bukan pertama kali Anju membuang tatu malah dia pernah melalukannya kali terakhir pada tahun lalu.

A post shared by Zarina Anjoulie (@anjoulielavocah1)

#Sakit #Zarina Anjoulie #Tatu #Buang #Bahu
;