[VIDEO] Zarina Zainuddin Mahu Lihat Azal Ada Isteri, Minta Tolong Netizen Carikan Calon; “Siapa Sudi Boleh DM…”
10/12/2022 07:00 MYT
Pelakon Zarina Zainuddin merupakan antara selebriti yang sering berkongsi kisah dan aktiviti anaknya, Azal, di platform media sosial buat tontonan umum.
Terbaharu menerusi muat naik di Instagram, meraih perhatian apabila Zarina berkata sudah tiba masanya untuk Azal memiliki pasangan hidup dan mendirikan rumah tangga.
Malah, aktres berusia 51 tahun itu turut berkata kepada orang ramai seandainya ada yang sudi bersuamikan Azal boleh memaklumkan kepadanya.
“My sunshine, saya ingat dah masanya saya cari pasangan untuk Azal. Siapa yang sudi jadi calon isteri Azal boleh DM (Mesej) saya,” tulisnya pada kapsyen.
Perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya dan juga beberapa rakan selebriti antaranya Dynas Mokhtar.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut Zarina meninggalkan komen dengan mendoakan agar Azal dipertemukan jodoh yang baik selain memuji wajahnya yang semakin kacak.
“Handsome abang Azal, semoga dapat jodoh yang baik,” kata seorang wargamaya.
“Azal anak baik, Insya-Allah dapat jodoh pun baik, yang tulus, solehah dan penyayang,” ujar seorang warganet.
“Insyallah, ada jodoh untuk Azal,” tambah seorang netizen.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut menerima labih 170 ribu tontonan dan lapan ribu tanda suka.