Aksi selamba pelakon Zul Huzaimy ‘sekolahkan’ Ikon Permotoran, Haqiem Stopa mencuri perhatian netizen.

Menerusi satu perkongsian video di laman Tiktok oleh pengguna @nadia_gurlgurlzboby, dilihat Zul secara berdepan mengatakan kehadiran Haqiem seolah merosakkan nama golongan ‘mat moto’.

Malah menurut Zul, dia sebelum ini sudah bertahun-tahun membersihkan nama ‘mat moto’ yang tercemar dan dipandang serong oleh masyarakat.

“Aku (Zul) ni penat tau bertahun-tahun membersihkan nama budak-budak motor yang tercemar, tapi kenapa kau (Haqiem) tiba-tiba mencelanya, kau menjijikkannya, kau menghinanya, kenapa?” ujar Zul kepada Haqiem dalam video berkenaan.

@nadia_gurlgurlzboboy Stopa kene skolah ke tu???? ???? #stopa #spark #hakimstopa #zulhuzaimy_m ♬ original sound - Nadia gurlgurlzboboy

Difahamkan video tersebut dirakam ketika Zul dan Haqiem menghadari majlis Santai Anak Utara yang diadakan di Maeps, Serdang, Selangor pada Sabtu lalu.

Sementara itu, menerusi hantaran sama, Zul dengan nada berseloroh berkata jika bukan dirinya siapa lagi yang akan menasihati Ikon Permotoran itu.

Menjengah ke ruangan balas, segelintir netizen memuji Haqiem yang dilihat positif menerima teguran Zul.

“Still positif dan terima teguran dari otai, respect Haqiem, kematangan kamu terbaik.

“Kesian tengok Haqiem, tapi dia memang steady.

“Salute Haqiem, dia masih layan baik dan tenang,” antara komen yang dtinggalkan netizen.

Sehingga artikel ini ditulis, perkongsian tersebut telah menerima lebih 2.5 juta tontonan dan 270 ribu tanda suka.

Terdahulu Haqiem pernah ditahan pihak berkuasa apabila didakwa bersalah memandu kereta tanpa lessen.

BACA: Netizen Geli Hati Ikon Permotoran Ditahan Kerana Memandu Tanpa Lesen – “Minta Sekolah Memandu Jemput Dia Beri Ceramah”