Semalam kecoh di media sosial apabila pengacara Zulin Aziz meluahkan rasa kurang senang kepada ‘seseorang’ ketika sedang melakukan siaran langsung di TikTok bersama pengikutnya.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik pengguna TikTok @dianahamsani, memperlihatkan Zulin atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz ketika itu sedang mempromosikan produk kecantikan kepada pengikutnya pada sesi siaran langsung di laman sosial berkenaan.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba Zulin telah meminta pengikutnya untuk merekod kata-kata yang akan dilontarkan yang bunyinya kedengaran sedikit kasar.

Malah, pada hantaran tersebut Zulin menjelaskan dia tidak akan membuang tenaganya untuk mencetuskan perbalahan dengan orang yang dikategorikan sebagai kurang bijak.

“Nak lawan dengan orang b*doh, kita kena jadi orang lagi b*doh daripada dia. Sebab itu aku pilih untuk berdiam.

“Aku tidak akan buang tenaga aku untuk jadi pura-pura b*doh, semata-mata untuk menang dengan orang b*doh,” katanya dengan reaksi berwajah sinis.

Sementara itu, rata-rata wargamanya yang singgah ke ruangan balas seakan tidak pasti dan terpinga-pinga dengan situasi yang berlaku dalam video tersebut.

Namun, ada juga segelintir wargamaya bersetuju dengan kata-kata Zulin di mana melayan sikap orang yang kurang bijak sekadar membuang masa.

Dalam pada itu, sempat juga beberapa wargamaya yang bergurau dengan menyatakan tindakan Zulin dalam video tersebut persis watak Mariana yang dilakonkan oleh penyanyi dan pelakon popular, Ziana Zain menerusi filem Maria Mariana.



Bagaimanapun, tindakan Zulin bertindak sedemikian masih tidak dapat dipastikan.

@dianahamsani KHAS UNTUK ORANG BODOH ! #zulinaziz #untukperempuanbodoh #fyp ♬ bunyi asal - dianahamsani - Nur_Dianahams