,
Laman Utama

[VIDEO]"Bayi Masih Merah, Bertali Pusat..."- Dukung Bayi Yang Ditinggalkan, Neelofa Bantu Lindungi Bayi Terbuang?

Syafiqah Jalal
09/02/2023
11:45 MYT
Selebriti muslimah popular, Noor Neelofa merasai pengalaman menerima bayi baru lahir yang ditinggalkan di sebuah rumah perlindungan bayi terbuang, Orphan Care Foundation.
Menurut Neelofa meskipun bayi itu ditinggalkan begitu sahaja namun dia memberitahu ibunya telah membuat keputusan yang tepat kerana tidak membuangnya merata.
"Bayi dalam dukungan saya ni antara bayi ditinggalkan dalam keadaan masih merah dan baru sahaja dilahirkan dan rupanya tali pusat masih bersambung dengan uri disebalik kain serta urinya diletakkan dalam bag.
"Bayangkan, dengan keadaan baby yang masih merah itu ditinggalkan sendirian. Tapi apa yang baiknya, bayi itu telah dibawa ke hospital dengan segera oleh petugas @orphancare.foundation.
"Apa sebenarnya yang jadi kepada bayi? Kenapa ibu dia meninggalkan anaknya? Tak ada siapa tahu tetapi ibunya telah membuat keputusan betul dengan meletakkan baby di tempat sepatutnya & tidak membuangnya di tempat yang bukan-bukan," katanya.
Ibu kepada seorang cahaya mata Muhammad Bilal itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi hantaran berkenaan dia telah memuat naik foto mendukung bayi yang dipercayi telah ditinggalkan di rimah berkenaan.
Menurut Neelofa lagi rumah perlindungan itu bukan sahaja menerima bayi terbuang malah membantu bakal ibu yang tidak berkemampuan.
"Jika ada di luar sana yang ada masalah sebegini, OrphanCare bukan hanya terima bayi terbuang, tapi mereka juga ada tawarkan perlindungan kepada bakal ibu sampailah mereka selamat bersalin.
"Jika ada antara anda yang tak mahu menjaga bayi anda, tinggalkan saja di baby hatch yang dibuka 24 sehari. Jika anda perlukan bantuan, boleh datang ke OrphanCare dan mereka akan bantu sehingga anda melahirkan bayi, Insya-Allah," jelasnya lagi.
Sempena bulan kelahirannya, Neelofa memberitahu dia ada melancarkan Kempen Naelofar Kindness Box juga menyumbang untuk ruma kebajikan itu.
"Dengan setiap pembelian, RM5 akan diserahkan kepada OrphanCARE untuk mereka meneruskan kerja baik mereka dalam menyelamatkan bayi.
"Semoga usaha kecil yang saya dan @naelofar lakukan dapat membantu serba sedikit perjuangan @orphancare.foundation untuk melindungi banyak lagi nyawa kecil yang tidak bersalah, Insya-Allah," ujarnya.
Naelofar adalah satu jenama tudung perniagaan Neelofa bersama ahli keluarganya.
Untuk rekod, Neelofa berkahwin dengan pelakon dan pendakwah bebas, Haris atau PU Riz pada 26 Mac 2021 dan mereka dimurniakan seorang putera, Bilal yang baru berusia setahun.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

“Anak Saya Dibedung, Ditutup Dengan Kain…” - Bayi Lapan Bulan Mati Disumbat Botol Susu, Ditekup Bantal Oleh Pengasuh

gempak
06/09/2024
15:29 MYT
Apabila isterinya sampai di taska berkenaan, dia mendapati wajah anaknya Muhammad Al Fateh Amri sudah kebiruan selain bahagian mulutnya juga berdarah.
Hiburan

“Kami Menyimpan Harapan Tinggi Untuk Bekerjasama Lagi” - Neelofa Rakam Penghargaan Terima Kasih Buat Dr Zulkifli Sepanjang Bersama TheNoor

gempak
02/09/2024
10:05 MYT
Pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif TheNoor iaitu Neelofa merakamkan ucapan terima kasih kepada bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Berita

Tanah Jerlus Masjid India: Kehadiran 'Raja Bomoh' Curi Perhatian, Siap Renjis Air Istimewa

gempak
28/08/2024
14:25 MYT
Kehadiran Raja Bomoh atau nama sebenarnya, Ibrahim Mat Zin mencuri tumpuan pengamal media apabila hadir di lokasi kejadian tanah jerlus membabitkan seorang individu warga India di Masjid India, Kuala Lumpur, hari ini.
Berita

Mayat Bayi Ditemui Tertanam Depan Rumah Di Ipoh

gempak
27/08/2024
16:55 MYT
Mayat itu ditemui kira-kira jam 11 pagi ketika pengadu sedang membuat kerja-kerja baik pulih rumah berkenaan.
Hiburan

Netizen Teka Neelofa Hamil Anak Ketiga? - "Cutenya, Macam Nampak Baby Bump Je"

gempak
26/08/2024
21:55 MYT
Bukanlah kali pertama netizen berteka-teki tentang status kehamilan selebriti yang juga usahawan terkenal, Neelofa.