[VIDEO]"Dalam Banyak-Banyak Lelaki Kat Malaysia, Laki Aku Jugak Nak Kacau"- Influencer Tak Sangka Rumah Tangga Diganggu Penyondol Selepas 5 Tahun
Pempengaruh media sosial terkenal yang kini usahawan kosmetik, Asyalliee Ahmad mendedahkan suaminya yang dikenali sebagai nama Eboy diganggu oleh seorang wanita yang dianggap penyondol dalam rumah tangganya.
Asyalliee memaklumkan suaminya kerap menerima kiriman mesej langsung atau DM (direct message) di Instagram (IG) daripada seorang individu wanita, dipercayai bekas kekasih ketika di bangku sekolah.
"Dalam banyak-banyak lelaki dalam Malaysia ni lelaki orang juga kau nak kacau ye. Selama 7 tahun hubungan saya dan suami, ini kali pertama rumahtangga kena kacau.
"Ingatkan perempuan lain, rupa-rupanya bekas kekasih suami sendiri. Hang memang tak ada kerja ke? Meh nak cerita supaya bagi pengajaran pada iseri dan suami serta penyondol di luar sana," katanya.
Asyalliee menceritakan perkara berkenaan dalam sebuah video yang dimuat naik ke akaun Instagram miliknya sambil dia menunjukkan tutorial makeup dengan menggunakan krim penjagaan kulit produk jenamanya.
Meskipun terkejut dengan apa yang diceritakan, Asyalie cuba bertenang sebaliknya mula melayan dengan membalas DM wanita itu untuk mengetahui apa sebenarnya motif menghantar mesej kepada suaminya.
"Ini kali pertama terkena macam ni memang speechless.Bukan main gatal lagi dok DM laki aku...Suami nak block tapi saya cakap nanti dulu, apa kata kita layan jap, nak tahu sebab apa dia DM husband.
"So mulalah drama tersebut, cara DM tu memang nak sangat Eboy reply. Dia kata sombong ae? Dalam hati aku eh mmg la sombong laki orang," ceritanya lebih panjang lagi dalam video berdurasi lebih 5 minit.
Cuba memerangkap wanita terbabit, Asyalliee berpendapat individu berkenaan hanya berniat untuk mengganggu keharmonian rumah tangga yang dibina bersama suami sejak lima tahun lalu.
Menurut Asyalie jika benar wanita itu menganggap suaminya hanya sekadar kawan, sepatutnya mesti akan bertanya khabar tentang isteri dan anak-anak.
"Suami dah geram dan dia terus minta berhentikan perbualan dan menghantar mesej panjang berjela berterus-terang dengan wanita itu supaya tidak mengganggu dia dan rumah tangga kami serta blocked akaunnya.
"Apa yang membuatkan dia marah supanya perempuan itu block akaun IG saya tetapi follow suami. Jadi apa motif dia?," ceritanya lagi.
Mengakhiri video berkenaan, Asyalie dengan berseloroh mengucapkan terima kasih kepada wanita yang dianggap penyondol itu kerana muncul dan meminta tak mengganggu lagi rumah tangga mereka.
Asyalliee dan suami mendirikan rumah tangga pada tahun 2017 dan mereka dikurniakan tiga orang anak.