Laman Utama

[VIDEO]“Dalam Beberapa Saat Je Tiba-Tiba…”- Ibu Tiri Siti Sarah Saksi Kemalangan Lori Rempuh 6 Kenderaan Di Lebih Raya Depan Mata

gempak
Syafiqah Jalal
19/10/2022
09:47 MYT
Sponsor Banner
[VIDEO]“Dalam Beberapa Saat Je Tiba-Tiba…”- Ibu Tiri Siti Sarah Saksi Kemalangan Lori Rempuh 6 Kenderaan Di Lebih Raya Depan Mata
Rakaman dashcam yang tular menyaksikan sebuah lori merempuh enam kenderaan sekaligus semalam adalah milik kenderaan yang dinaiki bapa kepada arwah Siti Sarah Raisuddin.
Ibu tiri Siti Sarah yang dikenali sebagai Makder menerusi akaun Instagram miliknya berkongsi rakaman tersebut serta reaksi mereka ketika kejadian itu berlaku di Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Kuala Kangsar ke Ipoh petang semalam.
Menceritakan kembali kemalangan yang berlaku di hadapan mereka itu, kejadian berlaku dengan pantas dan mendakwa lori itu dibawa dengan sangat laju tanpa sempat berhenti.
“Ya Allah…Masa turun bukit tu, saya masih tidur. Tapi dalam duk pejam mata lagi pesan dengan driver jangan laju sebab turun bukit. Dah la tu tiba-tiba perut ni rasa lapar.
“Dalam beberapa saat je tiba-tiba kat jalan sebelah lori dengan lajunya duk sapu kereta kat depan dia.
“Tak silap ada 6 buah yang kene langgar. Benda berlaku depan mata. Yang lapar tu terus rasa kenyang.
“Lepastu rasa perut ni keras macam naik roller coasters. Sampai la ni duk terbayang kejadian tadi,” ceritanya.
Menerusi rakaman dashcam itu menunjukkan lori berkenaan bergerak laju sehingga hilang kawalan lalu merempuh dan ‘menyapu’ kenderaan dihadapannya.
Sementara rakaman dashcam dalam kereta juga menujukkan Makder serta Raisuddin yang baru sahaja sedang berborak tiba-tiba terkejut mendengar hentaman yang kuat akibat kemalangan itu.
Video berkenaan tular di media sosial apabila rata-rata memberi pelbagai reaksi terhadap pemanduan pemandu lori berkenaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live