Laman Utama
[VIDEO]"Dalam CCTV Tu Boleh Nampak..."- Duit Tercicir Selepas Keluar ATM, Daler Yusof Minta Cari Pencurinya
Pelakon Daler Yusof terkilan apabila duit yang baru sahaja dikeluarkan dari ATM di sebuah stesen minyak dicuri.
Menurut Daler menerusi rakaman CCTV yang didapati seorang pemuda dengan sengaja mengambil duitnya yang tercicir dan terus berlalu pergi.
"Duit Daler kena curi. Tadi dekat Petronas , lepas withdraw money , duit Daler tercicir dekat pintu masuk Petronas.
"Dalam CCTV tu boleh nampak ada lelaki tu curi even dia tau itu duit Daler. Kalau sesiapa yang kenal minta tolong suruh dia pulangkan," pintanya.
Daler memberitahu kejadian itu berlaku pada 17 November lalu jam 11 pagj di Petronas Taman Melati.
Aktor berdarah kacukan itu tertekan kerana wang yang dikeluarkan adalah bertujuan untuk membaiki keretanya yang mengalami kemalangan kecil.
"Tertekan sebab itu duit saya untuk tukar bumler kereta selepas mengalami kemalangan kecil. Tempat servis kereta itu minta cash," jawabnya kepada salah seorang pengikutnya.
Dalam masa yang sama kemas kini itu mendapat pelbagai reaski netizen lain.
Must-Watch Video